09May

OhMedia Diceroboh Disebabkan Kecuaian Salah Seorang Pentadbirnya?

Sekuriti, Web 2.0

Seperti sedia maklum, pada minggu lepas, halaman Facebook Oh! Media Network telah pun digodam oleh salah satu pihak, dimana beberapa status berbaur kebencian serta gambar peribadi milik pemiliknya, Khai telah dimuat-naik. Setelah hampir seminggu, kini pemilkinya secara peribadi telah pun memberikan komen rasmi berkaitan perkara tersebut.

Menurut Khai, perkara ini terjadi apabil salah seorang pentadbirnya telah menggunakan komputer peribadi milik salah seorang rakan beliau, dan terlupa untuk log keluar apabila telah habis menggunakannya. Perkara ini telah diambil kesempatan oleh pihak tersebut, sekaligus menulis beberapa status berbau kebencian serta memuat-naik gambar peribadi Khai.

Menurut Khai lagi, Oh! Media telah pun membuat aduan mengenai perkara ini kepada pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, serta Cybersecurity. Ianya juga diperkatakan yang mana halaman Facebook mereka telah diceroboh selama lebih kurang 10 minit sahaja, serta mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk memulihkannya seperti sedia kala.

Pada masa yang sama, dalam tempoh 10 minit tersebut, pihak penceroboh itu juga dikatakan telah mengubah kata laluan untuk semua blog, serta memadam kesemua artikel didalam blog. Namun begitu, disebabkan pihak pengodam tersebut tidak membuangnya secara keseluruhan daripada database, perkara tersebut dapat dipulihkan dengan amat pantas dan mudah.

Pada masa yang sama, Khai juga turut sama telah menyusun beberapa perkara baru, serta diperkatakan akan membawa pelbagai pembaharuan kepada jenama Oh! Media Network, melalui suatu surat terbuka di halaman Facebook Oh!Media Network.


Blogtitude Kembali Kepada Rekabentuk Lama
DiGi Memperkenalkan Servis Twitter SMS
News Corp Sedia Untuk Menjual MySpace
Semua Akaun Laman WordPress.org Ditetapkan Semula Kata Laluan
Aplikasi Maybank2U Bakal Diperkenalkan Untuk Para Pengguna iPad

23 Komen

  1. Richie pada 09 May 2011

    perghhhh!

  2. Affan pada 09 May 2011

    baru nak mengaku. haritu kemain lagi sorok2 hehe. <— komen camni blh kena ban tak aman hehe

  3. Khai pada 09 May 2011

    Terima kasih untuk Amanz yang mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut. Mmg ya Oh! Media dan saya sendiri lebih memilih untuk mendiamkan diri terlebih dahulu kerana kes pun dah dibawa ke pihak berkaitan oleh insan yang bertanggungjawab pada ketika itu.. dan masa ini agak sesuai untuk diceritakan segalanya.

    Anda boleh membaca note yang serba lengkap dengan pelbagai aspek yang menjadi tanda tanya di http://www.facebook.com/note.php?note_id=10150235132616042

    Apapun semua yang berlaku ini dianggap asam garam untuk lebih berjaya dan memperbaiki banyak kekhilafan yang tidak disedari. Saya hanya pencipta jenama Oh! Media dan ramai yang beranggapan apa yang berlaku di Oh! Media, adalah kerana saya. Tapi tidak mengapa kerana apa yang berlaku di Oh! Media, memang tanggungjawab saya sebagai insan yang bertangungjawab mencipta dan menjalankan jenama tersebut.

    Terima kasih.

    • Twit N View pada 09 May 2011

      siapa salah seorg dr pentadbir tu?
      mesti dikenakan tindakan disiplin tu…hehe

      • Khai pada 09 May 2011

        Dah suruh dia henjut ketampi 100 kali.. esok nak suruh lompat bintang pula.. :D

    • omar pada 09 May 2011

      Good job Khai, nasib baik lah dapat cover balik, kalau tak tak tahu apa jadi hari tu. Cuma kesal dengan salah sorang admin Oh! Media yang cuba nak cover hari tu dengan cakap camni :

      “Kena hack? Mana ada. Kami sengaja buat macam kena hack sebab nak cari siapa hater yang bersembunyi disebalik nama fan. Nanti malam kami buat hack lagi ye”

      Bahaya sungguh Oh! Media hari tu.. Apapun, good luck!

      • Khai pada 09 May 2011

        Erk! pulak dah.. kat mana statement tu dikeluarkan? tapi sebenarnya masa kami diamkan diri tu, memang perlu kerana belum masanya untuk hal sebenar diberitahu. Terima kasih pada anda semua kerana terus menyokong jatuh bangun kami.. Nanti belanja teh tarik nak? hehe..

        • omar pada 09 May 2011

          Ada. Masa kecoh-kecoh. Tapi komen pada status tu kena delete dan digantikan dengan gambar motor. Haha.. takpe lah, apapun semuanya dah selamat dah sekarang. teh tarik je? nak Ipad..hahaha

  4. matjoe pada 09 May 2011

    fuuuuuuuuuu!

  5. Eriyza pada 09 May 2011

    Owhhh, gitoo citernya.
    Barulah paham!

  6. Razak Muhaimin pada 09 May 2011

    Alhamdulillah, semuanya dapat diselesaikan. Semoga kecuaian ini tidak akan berlaku di masa akan datang. Ini kerana terdapat pelbagai pihak yang sentiasa bersedia untuk menjatuhkan Oh Media Network.

    Alasannya? Allahualam.

  7. Wan Perlis pada 09 May 2011

    privacy setting

  8. syahrilhafiz pada 09 May 2011

    tudiaa!! sebab tu kena buat baik dengan semua orang termasuk coderz cc Team Aryzs :D D

    • Khai pada 09 May 2011

      Oh! Media selama wujud, memang tak pernah mencari masalah dengan mana2 blogger sekalipun.. sengaja nak buat-buat baik tidak, buat jahat jauh sekali. Hakikatnya, we all ok sahaja pada semua yang ok dengan kami.. Kalau ada silap tu, tegurlah sebagai seorang sahabat agar dapat sama2 perbaiki brand yg anak melayu kita jalankan dan lahirkan ini.. Plss :D

  9. Scromix pada 09 May 2011

    xkn admin dia pon ada gmbr peribadi khai jugak? haha… mgkn awek dia kot yg dimaksudkan pentadbir tu…

    kalo padam admin, take over terus berbaloi tu ha3

    • Khai pada 09 May 2011

      Just bcoz my Facebook also has been hijacked bradaa :) But its ok, no problem la semua tu. Saya secara peribada, xde niat nak sorok identiti ke apa. Cuma dalam internet, saya rasa tidak perlu. Di dunia luar, selalu juga lepak2 dengan member blog.. jumpa client pun takdelah pakai topeng.. Privacy itukan hak milik peribadi. Terpulang pada tuan punya badan bagaimana dia nak tonjolkan diri dia di Facebook. Macam saya lebih suka tonjolkan brand dan hasil kerja.. Saya bukanlah artis.. hehe :D

  10. Omar pada 09 May 2011

    Sabar je la. Nama pun web. Apa benda yang selamat. Just security je. Tapi hack 10 minit je? Dalam artkel 1 lagi hack pukul 6.00, dibaiki 7.20 dan blog-blog lain kat google bagitau hack pukul 5.30, dibaiki pukul 7.20.. apapun, selama mana hack tu berlaku tak penting, semoga Oh! Media lebih berhati-hati nanti.

    • Khai pada 09 May 2011

      Thanks Omar. Apa yang boleh dikatakan, kejadian tu berlaku hanya 10 minit sahaja. Kemudian semua akaun kami dah lock serta-merta. Masa yang sedikit lama diambil untuk recover balik pelabagai perkara yang telah ditukarkan mereka yang berkenaan.. Apapun, ianya satu pengalaman baru yang amat bernilai.

  11. hehe pada 10 May 2011

    kejayaan si polan menceroboh masuk ke dalam akaun Oh! Media dilihat bukanlah kejayaan sebenar seorang yang layak digelar penggodam.
    CyberBlackOps tidak layak dipanggil penggodam (hacker) walaupun berjaya masuk ke dalam sebab mereka hanya berjaya masuk kerana kecuaian krew O!M (kenalan sendiri) untuk Log Out.
    Penggodam sepatutnya memecah masuk dengan cara menggodam, bukan dgn cara sempat-masuk. memalukan.

  12. Fakhrul pada 10 May 2011

    perghhhhhhh! cepatnya…bgus..mmg cekang..so, pihak berkuasa tu kasi tindakan apa kt org yg berslh tu? kne saman ker tak?


Trackbacks/Pingbacks

  1. Laman rasmi UiTM Dungun dihack | myFirdaus
  2. Laman rasmi UiTM Dungun dihack | Kerangs.net

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader