18May

Opera 11.11 Membawakan Kemaskini Sekuriti Dan Kestabilan

Perisian

Setelah memperkenalkan pelayar web Opera 11.10 pada bulan April yang lepas, hari ini Opera Software telah pun mengeluarkan kemaskini sekuriti dan kestabilan pelayar web tersebut kepada umum, iaitu Opera 11.11. Para pengguna sedia ada Opera akan menerimanya melalui kemaskini automatik tidak lama lagi, ataupun mereka boleh mengemaskininya dengan lebih pantas secara manual.

Para pengguna Opera 11.10 sedia ada, boleh ke tab “Help” dan seterusnya memilih “Check for Updates” untuk mendapatkan kemaskini kepada pelayar web mereka, kerana berkemungkinan kemaskini automatik adalah sedikit lambat, memandangkan ianya tidak menyemak kemaskini pada setiap masa.

Selain daripada itu, sebelum ini, pihak Opera juga telah memulakan pembangunan pelayar web generasi akan datang mereka, iaitu Opera 11.50. Buat masa ini, para pengguna yang berminat mengujinya, boleh menggunakan Opera Next, dan menguji Opera 11.50 Alpha. Tarikh pasti pelancaran Opera 11.50 tidak diketahui buat masa ini.


Picasa 3.8 Menyokong Sehingga 38 Bahasa
RIM Mengesahkan BlackBerry PlayBook Akan Menyokong Aplikasi Android
BlackBerry AppWorld 3.0 Bakal Dilancarkan Untuk Semua Minggu Depan
AppWorld Kini Mempunyai Lebih 60,000 Aplikasi - BlackBerry Mengumumkan Sokongan Qt
UTeM Memperlihatkan Aplikasi Android Untuk Mengetahui Logo Halal Jakim Asli

3 Komen

  1. paeh pada 18 May 2011

    DONE!

  2. msbmna pada 18 May 2011

    Bab turbo tu yang aku paling suka. Sesuai untuk pengguna Broadband atau masa kena capped bandwidth.

  3. msbmna pada 18 May 2011

    Fungsi turbo Opera paling aku suka. Berkesan untuk pengguna jalur lebar yang nak jimat bandwidth.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader