31May

Opera 11.50 Beta Sedia Diuji

Perisian

Setelah beberapa versi pembangunan alpha diperkenalkan, kini pihak Opera Software telah pun mengeluarkan versi beta pertama untuk pelayar web generasi akan datang mereka, Opera 11.50. Dengan melepaskan versi beta ini, ianya sekaligus memperlihatkan yang mana Opera Swordfish ini akan dilepaskan kepada umum tidak lama lagi.

Antara perkara baru yang didatangkan bersama-sama dengan Opera 11.50 SwordFish Beta ini adalah termasuk sokongan extensions pada Speed Dial, sokongan penyamaan kata laluan melalui Opera Link, dan juga saluran Opera Next yang membolehkan anda mengikuti pembangunan pelayar web Opera, dan mengujinya dari semasa ke semasa.

Selain daripada itu, Opera 11.50 juga turut sama membawakan enjin Presto yang diperkemaskini, membawakan kepantasan pelayar web yang lebih laju berbanding sebelumnya. Beberapa penambahan HTML5 juga didatangkan bersama-sama dengannya. Para pengguna yang berminat boleh memuat-turun Opera 11.50 Beta ini dan menguji pelbagai fungsi lain yang didatangkan bersama-sama dengannya.


Nikmati Video Definisi Tinggi Dengan Media Player Classic Home Cinema
Opera Terus Mengejutkan Dunia Dengan 10.6 Alpha 1
Platform Pilihan Nokia Bakal Diumumkan Jumaat Ini
UberTwitter Dijenamakan Semula Sebagai UberSocial
Nokia Malaysia Mengesahkan N8, E6, E7, C7, X7, Dan C6-01 Akan Menerima Belle

3 Komen

  1. syafiq pada 31 May 2011

    fail. nak install fast dial extension masalah. then crashhhh~

    review pendek: http://lomotech.com/blog/?p=443

  2. ismail pada 31 May 2011

    downloading! tq for info :)

  3. Obefiend pada 01 Jun 2011

    im an operatard.. lets see if this fixes the usual CIMB tak boleh akses bug


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader