29May

Peguam Samsung Ingin Melihat iPhone 5 dan iPad 3

Apple, Gajet

Mungkin semua sudah sedia maklum yang mana Apple dan Samsung kini sedang melalui pembicaraan di mahkamah, berkenaan Apple menuduh Samsung meniru produk dan cara pembungkusan mereka. Dan menariknya, dalam salah satu proses, kini Samsung meminta Apple untuk memperlihatkan iPhone 5 dan juga iPad 3.

Melalui suatu permintaan, Samsung meminta Apple untuk memperlihatkan iPhone 5 dan iPad 3 kepada peguam Samsung, supaya mengelakkan pelbagai masalah dan saman pada masa hadapan diantara kedua-dua syarikat IT terkemuka itu, memandangkan ianya diperkatakan yang mana Samsung Droid Charge dan juga Galaxy Tab mungkin akan dilepaskan pada waktu yang lebih kurang sama.

Walaubagaimanapun, permintaan ini mungkin akan ditolak oleh mahkamah memandangkan Samsung telah pun mengumumkan dan memperlihatkan produk mereka, manakala Apple masih lagi belum mengumumkan produk mereka itu. Namun begitu, sama-sama kita nantikan apakah keputusan yang akan diumumkan oleh mahkamah.


P1 Bakal Memperkenalkan DX230 Esok
Telefon Pintar QNX Pertama BlackBerry Bakal Diperkenalkan Pada Suku Pertama 2012?
Apple Menjadi Jenama Pilihan Tablet, Tetapi Bukan Untuk Telefon Pintar Di Malaysia
Pembangun Tempatan Memperlihatkan Sokongan Kawalan Perkakasan Elektrik Menggunakan Suara
(Video) iOS vs Android - Apakah Pilihan Anda?

5 Komen

  1. Fazreen pada 29 May 2011

    Masing2 ada produk yang hebat..Memang lumrah manusia untuk meniru..itu satu kecenderungan

  2. nizamghazi pada 29 May 2011

    Mungkin kebetulan idea yang sama. Yang penting pengguna puas hati dengan produk yang dihasilkan

  3. faeez faster pada 29 May 2011

    hah…mengelabah apple bile samsung suruh tunjuk iphone5 ngan ipad3..slalu diorg kuar produk nak surprise2 jer..

    • Riey pada 01 Jun 2011

      Klu Apple tnjukkan iPhone 5 & iPad 3 pd Samsung, nnti Samsung tiru lg..

      • hehe pada 02 Jun 2011

        kalu samsung tiru lagi sepatutnya lebih mudah apple nak saman samsung kelak.
        tapi kenape taknak tunjuk? tettt!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader