06May

Pendaftaran Joomla! Day Malaysia 2011 Dibuka

Linux, Web 2.0

Seperti mana yang diperkatakan sebelum ini, kini beberapa info tambahan berkaitan Joomla! Day Malaysia telah pun diketahui, disamping, laman rasmi mereka yang telah pun dilancarkan. Seperti sedia maklum, Joomla! Day Malaysia bakal diadakan pada 25 Jun ini, dan akan diadakan di Menara Berkembar Petronas, KLCC.


Laman Web Joomla Day Malaysia 2011

Joomla! Day Malaysia ini akan diadakan sepanjang hari, bermula daripada 8.30 pagi hingga ke 5.30 petang. Seperti sedia maklum, ianya merupakan acara yang diadakan daripada komuniti kepada komuniti, namun memakan sedikit kos, termasuk untuk makanan, baju khas Joomla! Day, bayaran untuk para penyampai, dan beberapa perkara lain lagi.

Sempena dengan pendaftaran awal, Joomla Day Malaysia menawarkan harga tiket bermula daripada RM99. Namun begitu ianya hanya sehingga 15 Mei ini sahaja. Walaubagaimanapun, bagi para pembaca Amanz.my yang berminat, mungkin anda boleh mengambil pakej berkumpulan, dimana sekumpulan terdiri daripada 5 orang, dan setiap seorang hanya perlu membayar RM75 sahaja. Mungkin anda boleh memperlihatkan minat anda diruangan komen, dan akan dihubungi oleh mereka lain yang ingin turut serta, sekaligus mengurangkan kos untuk anda.

Ianya dijangka lebih 250 orang akan menyertai Joomla Day Malaysia untuk tahun ini.


Syawal Kini Menjadi Topik Terhangat Di Twitter
Twitter Bakal Menggunakan Peringkas URL Tersendiri
MyDeal Memperluaskan Perkhidmatan Ke Ipoh, Kuching dan KK
Facebook Memperlihatkan Sejarah Hidup Dengan Mudah Melalui Timeline
Pirate Bay Beralih Kepada Pautan Berbentuk Magnet Bermula 29 Februari

15 Komen

  1. nizamghazi pada 06 May 2011

    Yea (:
    tpi xsure free ke tak 25 Jun tu

  2. topo pada 06 May 2011

    cerianya website diorang hohoho

  3. Omar pada 06 May 2011

    RM75x5=?
    Erm, kalau individu tu dapat diskaun RM99 kepada 75 tu menarik. Mana la nak cari member nak join ni.Haha.

    • Firdaus pada 06 May 2011

      Harga early bird bro. Retail RM120. Speaker dan topic akan ditambah semasa ke semasa..

  4. Firdaus pada 06 May 2011

    Thanks for the coverage, Aman!

  5. Fakhrul pada 06 May 2011

    Aku nak join! hhahahha…cam best Joomla! Day ni..aku ni stkt tau guna je joomla..tp acara camni tak nah pergi lagi..terasa mcm nk pergi la.

  6. mosyar pada 10 May 2011

    kalu addict wordpress gi dekat joomla day, apa akan jadi eh? hahahahaha…

  7. Pisyek pada 24 Jun 2011

    ok, insyaAllah aku akan ke sana esok. :D


Trackbacks/Pingbacks

  1. Joomla Day Malaysia 2011 | myFirdaus
  2. Jom Daftar Joomla! Day Malaysia 2011 | AkuFakhrul.Com

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader