Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Nampaknya Apple tidak lama lagi akan memperkenalkan pesaing mereka tersendiri untuk Google Music dan juga Amazon Cloud Player. Selepas diperkatakan yang mana Apple telah menandatangani perjanjian bersama-sama dengan Warner Music Group, kini ianya turut sama telah menandatangani perjanjian bersama-sama dengan EMI Music, dan dalam proses untuk bekerjasama bersama-sama dengan Universal Music Group dan Sony Music Entertainment.
Sekiranya semuanya berjalan lancar, mungkin kita akan dapat melihat perkhidmatan muzik atas talian mereka tersendiri, sama seperti Google Music dan Amazon Cloud Player pada acara WWDC kelak. Sebelum ini juga, ianya dilihat yang mana Apple telah mengambil-alih nama domain iCloud.com dalam menyediakan perkhidmatan muzik berasaskan awan mereka.
Walaupun Apple sedikit lambat berbanding dengan Google dan Amazon, nampaknya buat masa ini, hanya Apple sahaja yang mempunyai perjanjian kerjasama bersama-sama dengan beberapa syarikat muzik terkemuka. Namun begitu, semestinya Google Music akan mempunyai sesuatu nilai tambah apabila versi akhirnya menjelma, serta Amazon yang mungkin akan membuat sesuatu untuk perkhidmatan mereka.
4 Komen
Tinggalkan Komen Anda
awan dania ke man? aiyooo aman the robot translation
itu jer perkataan sesuai buat masa nie. ada cadangan lebih baik kah en roslan?
ni sah tiru google. wakakakaka
perkataan awan lagi better daripada perkataan apungan…
cloud music… muzik awangan muzik apungan…? tak sedap langsung bunyik dia… kekeke