22May

Plugin bbPress 2.0 Versi Beta Pertama Sedia Diuji

Sumber Terbuka, Web 2.0

bbPress merupakan antara projek yang dibangunkan oleh pembangun disebalik WordPress sejak tahun 2008 yang lepas. Namun ketika itu ianya dibangunkan sebagai perisian berasingan, dan sebelum ini pembangunnya telah mengatakan akan menjadikannya sebagai plugin untuk WordPress, dan kini versi beta plugin itu sudah pun boleh dimuat-turun dan diuji oleh semua.

Kini, bbPress dikeluarkan sebagai plugin untuk WordPress, dimana para pengguna yang ingin memasang forum atau tempat untuk berbincang boleh menggunakannya dengan mudah, dan mengintegrasikannya pada WordPress dengan senang tidak seperti dulu.

Pihak pembangunnya sendiri ingin menjadikan bbPress suatu aplikasi yang ringan dan bersaiz kecil, selain turut membawakan pelbagai fungsi-fungsi menarik sama seperti pelbagai perisian yang lain.

Bagi para pengguna yang berminat, anda boleh mencuba dan menguji plugin bbPress yang masih lagi pada peringkat beta ini pada pemasangan WordPress anda. Mereka yang berminat boleh memuat-turunnya daripada halaman rasmi plugin di WordPress Extend.


Google Dalam Perancangan Untuk Membeli Twitter?
Kandungan ICT Di Berikan Perhatian Oleh Kerajaan
200 Juta Pengguna Twitter Menghantar Lebih 110 Juta Tweet Sehari
1tube.my Turut Menguji Pengiklanan Video
HackWeekend Kuala Lumpur Memperlihatkan 12 Projek Dilancarkan

3 Komen

  1. Twit N View pada 22 May 2011

    kalau tak silap bbpress ada konflik dgn beberapa plugin sblom nie,
    tapi memandangkan ianya sendiri sudah jd plugin harap prob tu setel…

  2. funzool pada 22 May 2011

    memang best
    bole celen dgn phpbb
    tapi bab integrate dgn blog yg best

  3. Syafiq Zainal pada 22 May 2011

    dah lama tunggu mende mcm ni. Sudah tiba masanya WP jadi mcm Drupal. Forum tu sepatutnya jadikan sekali dalam pakej..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader