14May

Plugin FeedGeorge Dilancarkan Untuk Pengguna WordPress

Web 2.0

Seperti mana yang diperkatakan sebelum ini, hari ini pihak FeedGeorge telah pun melancarkan plugin khas geolokasi mereka khas kepada para pengguna WordPress, membolehkan para pengguna WordPress tag artikel mereka dengan tag geolokasi, sekaligus menyertakannya pada direktori FeedGeorge dengan mudah.

Buat masa ini, FeedGeorge hanya menyokong pengguna di Malaysia sahaja, dimana pelbagai perkara menarik boleh ditambah pada blog-blog dan artikel WordPress mereka melalui plugin tersebut. Pemilik blog juga turut sama boleh memperlihatkan artikel-artikel yang ditag dengan lokasi-lokasi berdekatan dengan mereka pada bahagian tepi blog mereka dengan mudah.

Para pengguna WordPress yang berminat boleh memuat-turunnya daripada halaman rasmi FeedGeorge, dan bagi yang tidak mempunyai blog, turut sama boleh mendaftarkan blog percuma dihalaman FeedGeorge, dan mula tag artikel anda dengan tag geolokasi dengan mudah.


Google Kini Menghantar Emel Meminta Mengemaskini Pemasangan WordPress
Infografik : Perubahan Internet Sejak Lima Belas Tahun Yang Lepas
Halaman Facebook Upin & Ipin Merupakan Salah Satu Halaman Popular Sepanjang 2011
Facebook Menguji Sokongan Messages Pada Facebook Pages
Pengguna HTCSense.com Diberikan Tempoh Sehingga 30 April Sebelum Data Dipadam

1 Komen

  1. Faris pada 15 May 2011

    Feed George ni lebih baik dari Feed Burner ke?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader