24May

Sedikit Kemaskini Berkaitan AmanzNetwork.com

Lain-lain, Web 2.0

Kini, dengan lebih 7,000 pengguna yang sudah “Like” AmanzNetwork pada Facebook, kami menyediakan beberapa perkara baru kepada para pengguna dan juga pembaca, dimana hari ini, kami menambah dua lagi blog bercirikan IT dibawah kami, iaitu Kreative.my dan juga Droid.my. Selain daripada itu, kami juga membuka pengiklanan kepada mereka yang berminat untuk mempromosikan produk mereka melalui rangkaian AmanzNetwork.

Kreative.my


Secara ringkasnya, laman Kreative.my menjurus ke arah dunia rekabentuk, inspirasi dan juga industri kreatif secara umumnya. Melalui laman Kreative.my, kami akan menyediakan pelbagai artikel menarik berkaitan dunia kreatif, termasuk dari segi rekabentuk web, sehinggalah kepada temuramah bersama-sama dengan perekabentuk tempatan dan sebagainya. Beberapa artikel telah pun tersedia, dan akan mula dimasukkan satu demi satu pada setiap hari.

Droid.my


Daripada namanya sendiri, laman ini akan menjurus sepenuhnya kepada Android, dimana melaluinya, pelbagai berita-berita terkini berkaitan Android, selain aplikasi-aplikasi menarik tempatan mahupun antarabangsa, serta pelbagai tips dan tutorial juga akan dimuatkan. Salah seorang penulis pada laman Droid.my merupakan saudara Azam, yang mempunyai blog berkaitan Android beliau tersendiri.

Pengiklanan

Pada masa yang sama, kami juga membuka peluang kepada para peniaga dan pemilik perkhidmatan yang berminat untuk mengiklankan perniagaan mereka, boleh memuat-turun kit pengiklanan ringkas daripada kami, dan hubungi kami sekiranya berminat untuk menyertakan produk anda disini.

Lagi?

Kami juga kini sedang dalam perancangan terakhir, dan sekiranya semua berjalan lancar, kami akan mengeluarkan sebuah majalah ringkas dalam bentuk *PDF yang mana akan memuatkan pelbagai artikel-artikel menarik dunia IT sepanjang bulan, berserta dengan beberapa tips dan tutorial, serta beberapa artikel eksklusif padanya. Sekiranya segalanya berjalan lancar, kami akan mengeluarkannya pada minggu pertama bulan Jun, dan ianya akan diedarkan secara percuma (sehingga kami mampu membayar bandwithnya).

Penulis dan Intern

Sekiranya anda berada dalam cuti semester ataupun sedang mencari tempat untuk menjalankan latihan industri, mungkin anda boleh mencubanya pada AmanzNetwork. Kami merupakan antara rangkaian blog pertama di Malaysia yang berdaftar dengan SSM, dan kini sedang berkembang dengan pesat. Sekiranya anda mengambil jurusan berkaitan dengan kewartawanan, dan juga digital media, mungkin anda boleh menghantarkan resume anda kepada firdaus@amanz.my.


MyOh.my Dilancarkan - Parodi Kepada Emel 1Malaysia
iOS5 Bakal Mengintegrasikan Perkongsian Gambar Ke Twitter?
Dell Malaysia Bakal Menjenamakan Semula Halaman Facebook Mereka
Pengguna Wanita Adalah Pengguna Telefon Pintar Paling Ramai Di Malaysia
Opera Terus Memfokuskan Mobile Store Dengan Pengambil-Alihan Handster

54 Komen

  1. Ezany-Kun pada 24 May 2011

    terbaik.. good luck amanznetwork.. semoga terus berkembang.. :D

  2. Fazreen pada 24 May 2011

    keep it up amanz!

  3. chidori pada 24 May 2011

    tahniah.. semakin berkembang nampaknya. :)

  4. haru pada 24 May 2011

    kalo nk mintak kije trus blh x???

  5. Saddam pada 24 May 2011

    latihan industri dengan AmanzNetwork… urrmm mcm menarik :D

  6. Anarm pada 24 May 2011

    aku tertarik dengan Kreative.my.. boleh jadi penulis kat situ tak? hehe.. :P

    • Twit N View pada 24 May 2011

      yg nie aku sokong, mamat anarm nie ada ciri2 org yg kreatif dan kebetulan dia kerja pun dlm dunia kreatif kan…apa lagi aman, siapkan kontrak…

  7. khairil pada 24 May 2011

    bravooo…

  8. afiq aiman pada 24 May 2011

    err. bahagian editor leh? :)

  9. Eichikatsu pada 24 May 2011

    Join boleh aman? Artikel suda masyuk :)

  10. melayubuntu pada 24 May 2011

    tahniah bro..gd luck.. :)

  11. ekspresiruang pada 24 May 2011

    memang bangga ada anak Malaysia boleh achieve ke tahap macamni. teruskan berkembang!

  12. IzhamHasan pada 24 May 2011

    Terbaik la amanz.my..droid.my hehe.. n buka peluang pada org lain..thumb up :)

    Afiq aiman:tak bole,nanti sume kene tipu dgn title :p hahaha XD

    • IzhamHasan pada 24 May 2011

      Alamak..asal la aku bole salah mention name ni,adoii

  13. MuJE pada 24 May 2011

    internship kat amanz macam best jerrkkk…hehe

  14. Eriyza pada 24 May 2011

    Caiyolah AmanzNetwork!
    Semoga terus gah di persada maya
    dgn pengisian ilmu yg bermanfaat.

    Aman, nak mintak keja bleh?? :)

  15. Ahmad Fikrizaman pada 24 May 2011

    adeh.. amanznetwork dah buka droid.my.. ni mesti sebab androidmalaya.org tak berjalan.. sob3..

  16. faiz pada 24 May 2011

    akhirnya dah launch pun droid.my..huhu

  17. shuth pada 24 May 2011

    terbaik amanz…
    agak berminat dengan pakej pengiklanan yang ditawarkan..
    tapi much better kalau dapat sertakan sekali info dari google analytics di dalam kit pengiklanan tersebut.. just suggestion.. :)

  18. topo pada 24 May 2011

    semoga kekal sukses :)

  19. Nizam6281 pada 24 May 2011

    Pergh ni baru betul2 Aman Network

  20. syahril hafiz pada 24 May 2011

    perghhhh, congrat bro
    linux.my mana? linuxmalaya..:D
    aku angkat..kekeke

  21. captainLJ pada 24 May 2011

    kalo internship kat pejabat ke??

    • Aman pada 24 May 2011

      yup. kat pejabat.

    • Twit N View pada 24 May 2011

      risau aman beroperasi dari rumah kot…hehe

  22. Iwani Khalid pada 24 May 2011

    Tahniah amanz network mara lagi bertapak2 ke hdpn. Really looking fwd to articles kat kreative.my. To run a blog tak senang it needs discipline n commitment to make it a succesful one n uve done it well!! Semoga sukses sokmo n senyung selaluuu!

  23. titan pada 24 May 2011

    hebat, hebat mu..

  24. Twit N View pada 24 May 2011

    tahniah kpd aman, semoga akan kekal momentum ini dan terus sukses…

  25. aktechpage.com pada 24 May 2011

    Tahniah Amanz ….
    Paling besh ialah Droid.my … sbb guna HP yg Android OS…
    Majalah Digital tu pun bagus jugak..
    Semoga diteruskan kejayaan Amanz Network…

  26. fitry pada 24 May 2011

    good luck aman

  27. Eizil pada 24 May 2011

    Tahniah atas perkembangan positif ini, semoga terus maju ke hadapan… :)

  28. Adlan Khalidi pada 24 May 2011

    Wah. Dah daftar syarikat da pun. Mantap. Semoga maju jaya!

  29. bubbles182 pada 24 May 2011

    All d best! :)

  30. kong pada 24 May 2011

    wah tahniah to aman n amanznetwork, semoga sukses

  31. Zairi Zaidi pada 24 May 2011

    terbaik.

  32. Omar pada 24 May 2011

    Tahniah Aman Firdaus!

  33. Affan pada 24 May 2011

    aman, kang blog jangan terbengkalai gak.
    senang je kalau tak nak terbengkalai, bawak masuk penulis2 untuk setiap blog, macam kat komputer.my hehe.

    jangan droid.my jadi macamm berry.my sudah, terbengkalai, diam tanpa berita.
    satu lagi, kadang2 ada artikel yang sepatutnya di masukkan di blog2 lain tapi ditulis di amanz.my, jadi mungkin pas ni blh elakkan kan kot, demi kemajuan blog2 lain kekeke

    • Eichikatsu pada 25 May 2011

      Betul tu Aman :)

    • Omar pada 26 May 2011

      Betul tu Aman. Aku rasa ko mungkin boleh follow jejak langkah Oh! Media dalam mencari staff-staff baru untuk menguruskan blog dibawah Amanz yang dah semakin berkembang pesat sekarang ni.

  34. abdusfauzi pada 24 May 2011

    tahniah buat mereka yang berusaha dalam menjayakan projek ini. :)

  35. Faris pada 25 May 2011

    Satu anjakan paradigma buat Amanz Network…tahniah diucapkan..semoga terus maju ke hadapan…

  36. LawrenceVision pada 25 May 2011

    Terbaiklah.keep it up amanz

  37. n3dmax pada 26 May 2011

    All the best bradah! ;D

  38. one of my favorite it blog for local.. for international, there’s a lot.

  39. matjoe pada 26 May 2011

    bagus, korang tulis banyak banyak. aku nak baca puas puas semuanya secara PERCUMA!

  40. CheapestAndroid pada 26 May 2011

    nice networks~
    bleh tahu brp visits to droid.my?
    maybe want to advertise there :)

  41. Labanon pada 26 May 2011

    Legend! :-)

  42. Anzur Anuar pada 26 May 2011

    pergh!

  43. Pisyek pada 27 May 2011

    uh, baru je habis intern… tak sempat la nak apply. hahaha.. :D

  44. nizamghazi pada 29 May 2011

    Tahniah aman

  45. mosyar pada 31 May 2011

    hahahaha. terbaik praktikal…berapa elaun dia eh? hahaha

    sepak.my?

  46. sicomel pada 02 Jun 2011

    wah..tahniah abang aman..semoga terus maju jaya..lepas nie boleh laa mohon part-time job kat sini sebagai penulis sambilan..yayy!!

  47. Sham Hardy pada 17 Apr 2012

    blogger level: Asian


Trackbacks/Pingbacks

  1. Mr Maza di Droid.my | Mr Maza Dot My

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader