Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah melabur US$100 juta pada bulan Julai yang lepas, kini syarikat telekomunikasi terbesar di Korea Selatan, SK Telecom menambah pelaburan mereka di syarikat telekomunikasi tempatan, P1 iaitu sebanyak tambahan RM50 juta lagi. Dengan pelaburan ini, ianya sekaligus diperkatakan mengukuhkan lagi kedudukan SK Telecom di pasaran Asia Tenggara.
Sebelum ini, SK Telecom telah melabur $100 juta untuk pegangan saham sebanyak 25.8% pada Packet One Networks (P1), sekaligus menjadi pemegang saham kedua terbesar padanya. Buat masa ini, P1 dalam perancangan untuk menaik-taraf rangkaian mereka kepada LTE TDD, dan dijangka akan memulakan ujiannya pada penghujung tahun ini, dan memperkenalkannya kepada pengguna sekitar penghujung tahun hadapan.
P1 juga mensasarkan untuk mencapai 450,000 orang pelanggan menjelang penghujung tahun ini, sebelum mensasarkan untuk menarik sehingga 1 juta pelanggan menjelang tahun 2013 kelak. Kini pelanggan P1 dijangka adalah sekitar 300,000 orang pelanggan.
4 Komen
Tinggalkan Komen Anda
aku harap rangkaian P1 makin bersepah…. kat area rumah aku… sampai sekarang tak dapat… sipi sipi jee dengan rangkaian dorang… haih haih!
wah ….. banyak korean company melabur masuk malaysia ni ….
aku pun harap p1 expand jugak coverage sedia ada … rumah aku 500m out of coverage, opis aku 100m out of coverage, kampung aku tak payah cerita la …. berkilometer …. haha … streamyx pun baru sampai dalam setahun dua ni ….
walaupun aku pakai YES
nak beralih ke P1 …. sebab banyak sikit data limit dia …. haish….
harap P1 makin laju. kat area sini kurang dapat laa
Selama menggunakan p1 aku berpuas atila..sebab p1 ni laju [kawasan die je]..bile kat kg hampeh xleh guna..Harap p1 terus meluaskan sayanyer ke kwasan kg.Papepon p1 mmg terbaik