28May

TableFour.Us Bakal Dilancarkan Pada Penghujung Jun

Web 2.0

Setelah dinantikan sekian lama, kini pembangun TabletFourUs telah pun mengatakan melalui suatu artikel pada blog mereka yang mana mereka bakal melancarkan perkhidmatan mereka pada penghujung bulan Jun kelak, dan kini sudah pun dalam fasa terakhir pembangunan aplikasi tersebut.

Aplikasi TableFourUs ini masih lagi kekal misteri buat masa ini, dan tidak diketahui lagi fungsi penuhnya buat masa ini. Namun begitu, melalui suatu tweet, pihak TableFourUs memperlihatkan berkemungkinan besar, melalui aplikasi tersebut, ianya akan membolehkan para pengguna membuat keputusan untuk makan dimana dengan lebih mudah.

Pada masa yang sama, TableFourUs turut sama mengatakan yang mana kini mereka telah pun mempunyai lebih kurang 5 klien, yang mana menyokong penuh aplikasi mereka. Klien yang dimaksudkan mungkin adalah tempat makan ataupun restoran, namun tidak dapat disahkan buat masa ini. Namun yang pastinya, mungkin angka ini akan berubah ketika pelancarannya kelak. Sama-sama kita nantikannya.


Hmm… where to eat tonight? I wish there is an app to help me decide in a fun way…less than a minute ago via Twitter for Mac Favorite Retweet Reply


Kini, Lebih 120 Lokasi Terulas Di OfficeKami
Lebih 170,000 Blog Kini Berdaftar Dibawah Nuffnang
Kemaskini Aplikasi WootFood Membawakan Pelbagai Perkara Baru
#Tips : Mari Jadikan Persembahan Lebih Menarik Dengan Prezi
Tagged Mengambil-Alih Laman Sosial Hi5

Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader