09May

Telefon Bimbit Kelak Boleh Dicas Menggunakan Suara?

Lain-lain

Dengan dunia teknologi yang semakin berkembang pesat, salah satu masalah yang sering dihadapi adalah tenaga bateri yang tidak bertahan lama. Untuk mengatasi masalah ini, kini salah seorang pensyarah di Korea Selatan sedang membangunkan teknologi baru dimana pengguna boleh mengecas bateri dengan hanya menggunakan suara sahaja.

Seperti sedia maklum, bunyi boleh didapati dipelbagai lokasi dan persekitaran kita dalam kehidupan harian, dan ianya sekaligus menjadikan salah satu sumber yang mungkin boleh digunakan untuk mengecas tenaga elektrik untuk bateri peranti mudah-alih.

Buat masa ini, ianya memerlukan bunyi sekuat lebih kurang 100 desibel digunakan untuk menghasilkan tenaga lebih kurang sebanyak 50 milivolts. Walaubagaimanapun, perkara ini mungkin akan dapat diatas dengan masa dan teknologi yang semakin berkembang pesat dari hari ke hari.


YTL Bakal Memperkenalkan Khidmat 4G Tahun Hadapan
Gartner : Android Mendahului Perlumbaan Telefon Pintar
Akaun Zuckerberg Akaun Paling Popular Di Google+
2.4% Daripada Trafik Di Malaysia Adalah Melalui Peranti Mudah-Alih
Software Freedom Day 2011 KL Bakal Diadakan 21 September Ini

11 Komen

  1. Ali ridha pada 09 May 2011

    suara dah habis nyanyi karaoke.
    boleh ke nak cas ni.

  2. paeh pada 09 May 2011

    lepas ni kalau nampak orang menjerit tak tentu hala. jangan heran laahhh… cas henset katanya… hahaha

  3. funzool pada 09 May 2011

    Mmg cool. Maybe bole mcm hybrid, battery n voice. Ni comment guna mobile version :)

  4. SJ pada 09 May 2011

    cas kat pasar malam skejap je full

  5. Budak lagi pada 09 May 2011

    sambil cakap..boleh cas…kene cakap kuat2 la..hahaa

  6. budakudm pada 09 May 2011

    Cas kat market lg cepat full, xpun kt skolah rendah…budak2 hingaq..hehe

  7. ekspresiruang pada 09 May 2011

    kalau camtu, gayut lama2 pon xabes bateri. sbb asyik dok bersuara je kt handphone tu. hehe. mesti byk provider sanggup byr mahal2 kt inventor ni kalau btol2 jadi. hehe

  8. budakutara pada 09 May 2011

    sapa yg kerja driver lori yg exzoz kuat tu mudah la, letak hset dlm lori smpai satu destinasi batery dah full

  9. Eddy pada 10 May 2011

    stesen keretapi la bro.. haha free je

  10. Sham Hardy pada 10 May 2011

    tips: jikalau wife atau gf anda bising, cepat-cepat talakan phone anda ke mulutnya, dengan mata pandang keatas, sehingga nampak putih mata, dan dengan lembut lembut anda katakan “suara awak diperluuuukan sgt utk charge hp ini”.

  11. budak opis pada 10 May 2011

    Lepas ni payah le nak menipu, “alamak! awak saya tak leh cakap lama2 ni. Batteri dah nak kong”.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader