05May

Televisyen Dan Twitter

Web 2.0

Seperti sedia maklum, kini Twitter adalah antara sumber utama untuk berita, dan ianya turut digunakan oleh pelbagai perkara, termasuk pada TV dan sebagainya. Di Malaysia sendiri, Twitter turut digunakan secara meluas, selain kini wartawan tempatan turut melaporkan pelbagai perkara daripada Twitter, termasuk berkaitan gosip artis dan juga politik.

Twitter sendiri masih lagi sedang meningkat naik popularitinya, dan kini telah menjadi salah satu ekosistem penting untuk para pengguna atas talian. Baru-baru ini, pelbagai berita-berita utama, diketahui daripada Twitter terlebih dahulu, termasuk berita perkahwinan diraja di England, dan juga berita berkenaan kematian Osama baru-baru ini.

Untuk memperlihatkan penggunaan Twitter pada media, pihak Twitter sendiri telah memuat-naik sebuah video khas, memperlihatkan penggunaan hashtag pada Twitter, selain beberapa perkara lain semakin lama semakin meningkat popularitinya, selain turut sama mula digunakan melalui acara siaran langsung dan sebagainya.

Mungkinkah selepas ini, kita boleh melihat senario serupa berlaku pada kaca televisyen tempatan?


Laman 1Malaysia.com Digodam Kerana Telah Dicabar?
Aplikasi Maybank2U Bakal Diperkenalkan Untuk Para Pengguna iPad
Video Promosi Undies Memperlihatkan Secara Kasar Fungsi Yang Bakal Dibawa Olehnya
Apeje - Membawakan Laman Sosial Dengan Integrasi Jualan Dan Pembelian
Instagram Memulakan Pendaftaran Minat Untuk Aplikasi Android

5 Komen

  1. zool pada 05 May 2011

    wah menarik ni..twitter berkembang ke tv nampaknya

  2. ekspresiruang pada 06 May 2011

    walaupon FB mempunyai ramai pendaftar, tapi kegunaan twitter dalam kehidupan seharian especially utk media2 massa adalah lebih hebat kesannya

  3. Twit N View pada 06 May 2011

    makin menarik dunia twitter lepas ni, penggunaan yg betul akan membuahkan hasil yg baik juga.
    kita lihat tv berbayar, tv free atau tv gomen yg akan buat dulu…

  4. paeh pada 06 May 2011

    twitter memang steady… fokus… facebook apa hado… makin serabut ada laaa.. bhahaha

  5. IcedNyior pada 08 May 2011

    kalo tak silap, skrang ramai wartawan tempatan ada di twitter seperti @saiwanstar @TerencetheSUN @chunwai09

    rasanya tak lama lagi Twitter akan penetrate TV tempatan juga


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader