Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Walaupun beberapa peranti mudah-alih yang baru telah mula mengintegrasikan fungsi NFC padanya, kini beberapa laporan memperkatakan yang mana iPhone generasi akan datang kelak tidak akan mengintegrasikan sokongan NFC padanya seperti mana yang diura-urakan sebelum ini.
Seperti sedia maklum, NFC ataupun nama panjangnya Near-Field Communication membolehkan peranti-peranti seperti telefon pintar dan peranti lain berkomunikasi ataupun bertukar-tukar data dengan hanya menggunakan gelombang jarak dekat sahaja. Menariknya adalah ianya tidak perlu melalui pelbagai proses yang menyusahkan, sekaligus memudahkan ianya digunakan untuk pelbagai perkara, seperti pendaftaran sesuatu acara, pembayaran, bermain permainan dan sebagainya.
Sebelum ini, Nexus S daripada Google dan Samsung telah pun mengintegrasikan fungsi ini, selain mana RIM turut sama dijangka akan memperkenalkan generasi baru peranti BlackBerry mereka untuk tahun ini dengan sokongan NFC. Buat masa ini, ianya masih lagi tidak diketahui bilakah Apple akan memperkenalkan fungsi NFC pada peranti mereka.
1 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Seperti kebiasaan, Apple akan tunggu teknologi tersebut cukup matang, betul2 berkesan dan berfungsi dengan baik sebelum implement dalam diorang punya produk. Jarang kejar no1 semata2 nak jadi pelaksana no1 tapi produk bermasalah atau menyusahkan pengguna. Kalau tak, ciri tersebut cuma nampak hebat atas kertas iklan, jadi point untuk jurujual je, yang mana kebanyakan pengguna tak guna sebab tak mesra pengguna dsbg.
Balik kepada NFC ni (atau 4Gen LTE sekali pun), rasanya Apple cuma tunggu keseluruhan ekosistem NFC betul2 ready kot – bukan setakat dari segi software, tapi hardware sekali. patent diorang dah banyak dah dalam area NFC ni. Kalau tak caya, pegi kat website ‘Patently Apple’ (http://www.patentlyapple.com/) dan search for ‘NFC’.