28May

TM Kini Mempunyai Lebih 100,000 Pelanggan UniFi

Telekomunikasi

Nampaknya, kini TM telah pun menerima lebih 100,000 pendaftaran untuk perkhidmatan jalur-lebar mereka, UniFi, sekaligus memperlihatkan peningkatan permintaan untuk perkhimdatan internet berkelajuan tinggi itu di Malaysia. Selain daripada TM, Maxis, VDT Berhad dan juga TIMEdotcom turut sama menyediakan perkhidmatan seumpamanya.

Sehingga kini, lebih 86,000 akaun UniFi telah diaktifkan dan sedang digunakan buat masa ini, selain mana pada masa yang sama TM menerima pendaftaran untuk akaun UniFi. Ianya juga diperkatakan yang mana ianya mengambil masa sehingga lebih kurang 2 bulan untuk sesuatu akaun UniFi itu diaktifkan penggunaannya.

TM sebelum ini telah memperkenalkan perkhidmatan internet jalur-lebar berkelajuan tinggi ini oada 24 Mac 2010, dimana sehingga kini lebih 855,000 premis telah menyokongnya. TM pada masa yang sama menyasarkan untuk meliputi lebih 1.3 juta premis menjelang penghujung tahun 2012 kelak.


Maxis dan PayPal Mengumumkan Kerjasama Strategik
Celcom Membawa Masuk LG Optimus 7
Antaramuka Pembangunan Aplikasi TableFourUs Diperlihatkan
Malaysia Mempunyai Lebih 250,000 Penulis Blog
Aplikasi Yes Life Untuk Android Dibuka Untuk Ujian Beta Tertutup

13 Komen

  1. matJan pada 28 May 2011

    yang aku tau servis TM macam kote. aku tunggu nak pasang tiang telefon kat rumah baru pon tak datang datang dekat 4 bulan. Tnb pulak cepat macam kilat pasang lektrik kat rumah aku.

    ape nak jadi la orang tm ni. keje main facebook je.

  2. Richie pada 28 May 2011

    haiyaaa.. bilaaa laa somban nak ado unifi ni haa

  3. SJ pada 28 May 2011

    sasaran tm adalah golongan elit. kt negara lain cam korea suma org gna high speed internet. kt m’sia org2 kya je bleh dpat high speed internet. spatutnya m”sia ptut ada high speed internet 10 thun lpas bkan nya bru start nk buat.

    • izuddin.helmi pada 28 May 2011

      What do you define by that? Unifi paling murah RM149 pun dah ok dah.. sms beratus2 awek boleh… lol

  4. xera pada 28 May 2011

    haha tgk tak surat khabar hari ni pelanggan yang ke 100,000th dapat tgk man u lawan barcelona uefa champions league final. tak fair betul.

  5. snazzybizarre pada 28 May 2011

    bila la nak mai rawang nh…

  6. Untitled pada 28 May 2011

    pelik laa…
    wayar optik dh ader kt malaysia lbh kurang 10 thn dahulu…
    awat baru skrang nk kembang ???

    TPI UNIFI ADER MASALAH NYER:

    1. x der PVR
    2. terlampau bynk modem perlu pasang; bynk plag eletrik dibazirkn (awat x buat all in 1 jer?)
    3. BILA NK SMPAI AREA AQ NIE ???!!!

    • matJan pada 28 May 2011

      AQ macam bunyi pondan.

  7. Wan Perlis pada 28 May 2011

    bila nak sampai Perlis

  8. marsita pada 16 Jun 2011

    ingintahu unifi dah ada ka di kawasan sungai petani kedah….nak mohon macam mana?

  9. AbangJohan pada 10 Jul 2011

    Kos nak buat projek FTTH (fiber to the home) utk beri perkhidmatan UniFi (HSBB) menelan belanja berbillion Ringgit. TM dapat modal balik 5-8 tahun lagi. Bayaran yg dikenakan berbaloi dgn speed yg diberi…

    Rawang buat masa sekarang x masuk dlm senarai projek FTTH/Unifi.. mungkin selesai sasaran 1.3mil premis, baru masuk Rawang (mingkin tahun 2013).

  10. apek pada 20 Aug 2011

    kutuk memang senang…..bila tm nak buat …org kata perabis duit rakyat….berok betul manusia ni >>>>

  11. Saya nak UNIFI pada 18 Oct 2011

    Tolong pasang UNIFI di area RAWANG , Taman Tun Perak .
    Orang disini perlukan Internet berkelajuan tinggi . Banyak kerja download dan upload yg perlu dibuat ! . Saya Ingin guna unifi 20 MBps biz , banyak bisnes yg nak diuruskan !
    harap maklum! . cepat ORANG RAWANG DAH KEBULUR NAK PAKAI INTERNET LAJU TM!
    WIMAX KITA ORG NK TUTUP! LEMBAB MCM SIPUT! KAT KL JEA LAJU WIMAX! KAT RAWANG HAMPEH!.


Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader