19May

Tourism Malaysia Memperkenalkan Permainan Citrawarna 1Malaysia Di Facebook

e-Permainan, Web 2.0

Nampaknya dengan pengguna tempatan yang menggunakan Facebook melangkaui lebih 10 juta orang, serta pengguna Facebook global yang semakin meningkat naik dari hari ke hari, kini pihak Tourism Malaysia telah pun menggunakan platform tersebut dalam mempromosikan Malaysia dan penduduknya, dengan memperkenalkan permainan tarian berasaskan Facebook.

Buat masa ini, pihak Tourism Malaysia menyediakan sebuah peraduan ringkas menggunakan permainan tersebut, dimana pemenangnya bakal memenangi pelbagai hadiah menarik. Ianya mungkin salah satu strategi mereka dalam mempromosikan halaman Facebook mereka, sebelum dilancarkan secara rasminya pada bulan Jun kelak.

Dengan Tourism Malaysia kini menumpukan pada pemasaran sosial di rangkaian sosial terkemuka, mungkinkah kita akan dapat melihat lebih banyak agensi kerajaan melakukan perkara sama tidak lama lagi?


Selamat Ulang Tahun Ke-4, Twitter
Pengguna Facebook Malaysia Melangkaui 11 Juta Orang
Facebook Menguji Cara Baru Menapis Rakan - Seperti Google+?
Aplikasi Rasmi MalaysiaKini Untuk Windows Phone Dilancarkan
Rakuten Malaysia Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi

3 Komen

  1. rizuani pada 19 May 2011

    Ng Yen Yen masyukkkkk, tourism buat game..? mana mdec punya developement team? sapa overwrite sapa ni..? cukup2 la makan….

  2. Hisyam pada 20 May 2011

    Hahahaha, cam best je

  3. faafa pada 24 Jul 2011

    sori la ckp..illustration biase2 je,,konsep pon ok2 je,,,tp for starting ok la kot


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader