31May

Twitter Bakal Memperkenalkan Perkhidmatan Perkongsian Gambar Tersendiri?

Web 2.0

Kini, ianya diperkatakan yang mana Twitter dalam persiapan fasa terakhir, dimana mereka bakal memperkenalkan perkhidmatan perkongsian gambar mereka tersendiri, sekaligus akan bersaing dengan beberapa penyedia perkongsian gambar sedia ada, termasuk TwitPic, dan juga YFrogs yang kini popular digunakan.

Sekiranya perkara ini benar, semestinya dalam kemaskini aplikasi Twitter yang akan datang, sokongan perkongsian gambar melalui platform mereka akan diaktifkan sekaligus memberikan impak yang besar kepada beberapa penyedia sedia ada.

Buat masa ini, informasi berkaitan dengannya masih lagi samar-samar, dan ianya diperkatakan yang mana Twitter mungkin akan mengumumkannya seawal minggu ini. Sama-sama kita nantikannya.


Aper.MY - Laman Sosial Terkini Di Malaysia
Video Skype Untuk iPad Diperlihatkan
Pinspire Membawakan Fungsi Seumpama Pinterest Kepada Pengguna Malaysia
WTFRU Membolehkan Anda Berkongsi Lokasi Semasa Dengan Rakan Lain
Subpug Memudahkan Anda Membaca Feed - Didatangkan Dengan Sokongan Komen

2 Komen

  1. Ezany-Kun pada 31 May 2011

    bagus gak kot.. satu akaun jer senang..

  2. Sabahan Bloggers Club pada 31 May 2011

    Waaaaah.
    Ni macam silap2 saya tak perlu buka akaun facebook. :D


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader