Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Jikalau sebelum ini Twitter hanya memperlihatkan kebenaran samaada “Ya” ataupun “Tidak” sahaja apabila aplikasi pihak ketiga cuba mengakses akaun kita, bermula hari ini perkara tersebut telah berubah. Kini, Twitter memperlihatkan lebih banyak maklumat berkaitan apakah yang anda akan kongsikan, sekaligus membolehkan pengguna mengetahui apakah yang anda benarkan.

Dengan perkara ini, ianya juga turut sama membolehkan para pengguna mempunyai lebih banyak kawalan pada akaun mereka, dan ketahui secara dengan lebih lanjut berkaitan apakah kebenaran-kebenaran yang seseorang pengguna itu berikan kepada aplikasi pihak ketiga itu.
Selain daripada itu, Twitter juga akan mulakan kawalan kepada aplikasi=aplikasi yang dibenarkan mengakses fungsi Direct Message, sekaligus mengurangkan kadar spam yang berleluasa akhir-akhir ini. Pada masa yang sama, anda juga boleh melihat senarai aplikasi yang diberikan akses oleh anda melalui halaman khas pada akaun Twitter anda.
10 Komen
Tinggalkan Komen Anda
hehe 1st time amanz lambat dpt benda ni.. salu sume segala beta tester dia dpt dulu.huhu. ke baru try yg ni? =p
bukan fokus kat Seesmic Web da, tapi kat cara authorize akaun tue.
yup tu la maksud aku.. authorize tu la..takkan baru dpt kot? aku lame dah ade..hehe kalah gak raja beta tester ni hehe
rasanya dah lama kot dia tunjuk bende2 tu.. aman lambat! keh3..
sebelum nie dia just tunjuk yes or no jer. sekarang dengan detail apa app tue nak akses semua dia tunjuk
setuju twitter aman lambat sbb dia tak clear cache kot huhu
kesian aman kena bahan…
apa lagi nanti ceo @tekong minta surat tunjuk sebab ler…haha
hehe. korang ni.
Amanz baru lambat sikit je.
Eh! tapi betul Amanz memang lambat.. =P
amanz lambat tak lambat… dia nak bg tahu kepada semua pasal benda nii… tu je matlamat dia… setel… hoho
huhu bape hengget aman byr ko paih? kih3 =p lol