25May

Twitter Mengesahkan Pengambil-alihan TweetDeck

Perisian, Web 2.0

Setelah tidak memberikan komen berkaitan dengan TweetDeck sebelum ini, hari ini pihak Twitter secara rasminya mengesahkan pembelian dan pengambil-alihan TweetDeck oleh mereka. Walaupun tiada harga yang disebutkan oleh pihak Twitter, ianya diperkatakan adalah sekitar $40 juta.

TweetDeck Web

Buat masa ini, ianya masih tidak diketahui apakah yang akan dibuat oleh Twitter dengan produk terbaru ini dibawah mereka. Menurut pihak Twitter, ianya merupakan salah satu pengambil-alihan yang penting untuk mereka, dimana TweetDeck menyediakan pelbagai informasi masa-nyata kepada pelbagai pihak. Twitter memperkatakan yang mana mereka akan terus melabur pada TweetDeck yang disukai oleh para pengguna itu.

Mungkin juga beberapa perkara daripada TweetDeck Web yang masih lagi dalam versi beta tertutup itu akan diintegrasikan pada laman Twitter. Namun begitu, tiada makluman rasmi berkaitan dengan perkara tersebut buat masa ini.


Facebook Kini Laman Sosial Terpopular di Malaysia
Opera 10.50 : Pelayar Web Terpantas Di Dunia
MOL Akan Menjadi Pengedar Zynga Game Cards Di Asia
Distimo : Angry Birds Merupakan Aplikasi Mudah-Alih Paling Popular Sepanjang 2011
RePrintMe Menawarkan Kalendar Bulanan Dan Mingguan Yang Menarik

5 Komen

  1. yanmie pada 25 May 2011

    perghh tudiaaaa $40 juta twitter beli tweetdeck, maybe sbb tweetdeck sgt user friendly dan ramai org guna tupasal diorg beli kot…

    • Twit N View pada 26 May 2011

      btol tu yan, melabur pd sesuatu yg balik modal…

  2. asx pada 26 May 2011

    been loyal to tweetdeck since start. Hope they can maintain the black-ish look.

  3. Twit N View pada 26 May 2011

    mmg tweetdeck terbaik setakat ni, nmpk smart dgn warna hitam yg ramai org suka…
    lagipun tweetdeck sesuai utk digunakan organisasi sbg sistem support..

    • Affan pada 26 May 2011

      lagi satu kelebihan tweetdeck, cross platform kan? hehe


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader