25May

Kelajuan Internet Sehingga 1000Mbps Daripada VDT Berhad

Telekomunikasi

Salah satu syarikat penyedia internet yang kurang popular di Malaysia adalah Vasseti Datatech Berhad, dimana mereka menyediakan perkhidmatan internet untuk para pengguna perumahan dan juga pejabat. Menariknya mengenai perkhidmatan mereka adalah mereka menawarkan kelajuan sehingga 1000Mbps pada harga yang amat berpatutan sekali.

Perkhidmatan ini telah pun dilancarkan sekitar bulan Ogos tahun lepas, dan buat masa ini, perkhidmatan internet mereka hanya ditawarkan dibeberapa bangunan sahaja di sekitar Kuala Lumpur, dan masih lagi tidak diketahui berkenaan pelan memperluaskan perkhidmatan mereka buat masa ini.

Melalui pakej yang disediakan oleh VassetiDataTech ini, para pengguna perumahan boleh menikmati kelajuan sehingga 1000 Mbps pada harga serendah RM199, manakala para pengguna pejabat pula boleh mendapatkan kelajuan bermula 10Mbps pada harga RM399.

Buat masa ini, kami masih lagi belum mendengar sebarang maklumbalas berkaitan perkhidmatan mereka, jadi kami masih lagi belum dapat ketahui mengenai kelajuan purata yang dibawakan oleh perkhidmatan mereka. Sekiranya anda menggunakannya, mungkin anda boleh memberikan sedikit komen berkaitan dengannya.


Lebih 560 Juta Pengguna Berdaftar di Skype
iPhone 4 Di Malaysia Pada Penghujung Bulan Ini
Celcom Biz Virtual PABX Kini Lebih Menarik Untuk Pengguna Perniagaan
SKMM Mengeluarkan Kenyataan Berkenaan Spekulasi Cukai Perkhidmatan 6%
Ulasan : Telefon Pintar 4G Daripada Yes - Eclipse

17 Komen

  1. Omar pada 25 May 2011

    Menggunakan teknologi apakah? Fiber-optikkah?

  2. abdusfauzi pada 25 May 2011

    wattacrap!
    ohsem sangat la ni! aku dah la buat kerja ngn file besar2. seronok la nk transfer2 ni. hehe.

  3. Eichikatsu pada 25 May 2011

    Detail sume boleh baca kt cni http://vassetidatatech.com/faqlist2.html
    Area KL Sentral je ada dlu..

    • Kreuger pada 25 May 2011

      detail FAQ macam FCUK! hahaha kan?

  4. Khai pada 25 May 2011

    ERKK!! Sukar dipercayai..

  5. Twit N View pada 25 May 2011

    jgn jadi mcm YES dah ler, mula2 nk kluar tu canang bukan main, sekali hari pelancaran website down utk tempoh agak lama…sistem pun kelam kabut…so jgn ulang lagi yer.

    • Ahmad Fikrizaman pada 25 May 2011

      dah penah guna yes??? kalau download kat mediafire tu, movie 300mb 5minit je..

      • admasco pada 05 Jun 2011

        harga yg x okey..

  6. aizuddinmanap.com pada 25 May 2011

    kenapa website dia macam tak siap lagi je..

  7. din je pada 25 May 2011

    cbe bace btol2…yg 1000mbps tu juz utk non-landed property
    eg: apartment, condo

  8. Orang Akaun pada 25 May 2011

    cam tak caya jaa…

  9. Panda (MyFunDarkSide) pada 26 May 2011

    RM199? xpelah, RM140 4Mbs streamyx pun dah okei kalo camtu.

  10. pray for malaya for future don't pray japan because japan country not malaysia pada 26 May 2011

    mmg murah mne tw ada cukai lain lagi ke cekek darah bai

  11. awesome…..!!!! really2 hope it covers all kl/selangor area first…
    rm199 = GB, other telcos… rm199=MB… ohhh so much different

  12. nizamghazi pada 29 May 2011

    Boleh cuba langgan nanti..
    try donwload, tengok speed mcm mane nnti

  13. ekspresiruang pada 31 May 2011

    pergh, ini kalau main game online mmg smooth je ni. tp mesti area KL je kan? :(

  14. Syafiq Zainal pada 31 May 2011

    Perkembangan positif arena broadband Malaysia :)

    Tiada lagi zaman monopoli..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader