11May

Versi Android Seterusnya Dipanggil Ice Cream Sandwich

Google

Seperti mana yang diperkatakan sebelum ini, kini Google mengesahkan yang mana nama versi Android seterusnya adalah Ice Cream Sandwich, dan menariknya ianya akan membawakan pelbagai perkara baru, dan ianya juga akan diserasikan untuk semua platform, termasuk telefon pintar dan juga tablet.

Melalui Ice Cream Sandwich juga, Google memperkatakan yang mana ianya akan membawakan beberapa rekabentuk sedia ada daripada Honeycomb. Selain daripada itu, ianya juga akan membawakan kebolehan untuk mengubah saiz sesuatu widget itu dengan mudah, serta akan membawakan teknologi kamera baru, dipanggil Virtual Camera Operator.

Melalui Virtual Camera Operator, ianya boleh mengetahui kedudukan pandangan dan kepala pengguna melalui webcam, selain boleh memfokuskan mereka yang bercakap melalui panggilan video secara automatik, sekiranya terdapat lebih daripada dua orang pada suatu masa yang sama.

Buat masa ini tiada tarikh pasti yang diperkatakan mengenai pelancarannya, namun Google menjanjikan kemaskini Ice Cream Sandwich ini pada suku tahun ke-empat tahun ini.


Google Memperkenalkan Quick Search Untuk Mac
Kemaskini Aplikasi Lebih Pantas Dengan Courgette
GDrive - Google Berikan 1Gb Melalui Google Docs
Google Memudahkan Perancangan Perkahwinan
1tube.my Bakal Memperkenalkan Antaramuka Laman Yang Baru

1 Komen

  1. Orang Akaun pada 11 May 2011

    tah phone aku bole support or x tah…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader