Cari @ Amanz

Seperti diperkatakan sebelum ini, Mozilla telah pun memperkenalkan beberapa saluran pelepasan untuk Firefox untuk Mobile, dimana sama seperti versi desktop, dimana Firefox untuk Mobile turut sama memperkenalkan empat saluran, iaitu Nightly, Aurora, Beta dan juga versi akhir yang stabil.

Menariknya adalah, para pengguna boleh memasangnya bersama-sama dengan versi stabil yang lain, dan setiap pemasangan tidak berkongsi sebarang data, dan masing-masing berdiri dengan sendirinya. Selain daripada itu, untuk membezakannya, Mozilla turut sama memperkenalkan logo yang serba berbeza dengan versi stabil, sekaligus membolehkan para pengguna membezakannya dengan mudah. Firefox Mobile 5 Beta yang pertama dijangka akan dilepaskan kepada umum dalam minggu ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd