Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Selepas Windows 8 uild 7955 yang tersebar di internet pada minggu lepas, kini versi pembangunan pertama untuk Windows 8 Milestone 3 mula tersebar di internet pada hari ini, membawakan angka pembangunan Build 7959. Walaubagaimanapun, versi pembangunan yang tersebar ini adalah versi pembangunan untuk pelayan Windows, dan berbeza dengan Build 7955 sebelum ini.

Build 7959 ini juga dikenali sebagai versi pembangunan untuk Windows 8 Server, ataupun Windows Server vNext. Berkemungkinan besar juga, selepas ini, beberapa perkara baru berkaitan Windows 8 akan didapati lagi, dan mula diketahui umum dari semasa ke semasa. Bagi para pengguna yang berminat, boleh memuat-turunnya daripada beberapa laman-laman torrent terkemuka.
Windows 8 masih lagi dalam proses pembangunan, dan dijangka akan dilancarkan secara rasminya sekitar penghujung tahun hadapan, ataupun pada Januari 2013 kelak.
7 Komen
Tinggalkan Komen Anda
running win 8 dlm virtual box…nais
Pak Jabit pun layan Windows… maju beb….
hai pak abu,2 kali 5 kot…haha
First!
selamat datang ke internet
sengaja meraka bocorkan..sbb utk dapatkan ujian pengguna akhir secara percuma.
hohoho.
like thepiratebay