26May

WordPress 3.1.3 Dan WordPress 3.2 Beta 2 Dilepaskan

Web 2.0

Pembangun WordPress kini telah pun mengeluarkan kemaskini sekuriti untuk platform blog mereka, iaitu WordPress 3.1.1. Selain daripada itu, pada masa yang sama juga, pembangunnya turut sama telah mengeluarkan versi pembangunan terbaru untuk versi akan datang, iaitu WordPress 3.2 Beta 2.

Bagi para pengguna sedia ada WordPress, anda boleh mengemaskininya secara automatik menggunakan menu Updates yang terdapat pada Dashboard masing-masing. Anda juga boleh melakukannya secara manual, dengan memuat-turun fail WordPress 3.1.3 dan memuat-naiknya mengantikan fail-fail sedia ada melalui FTP anda.

Pada masa yang sama, anda juga boleh menguji platform WordPress generasi akan datang, iaitu WordPress 3.2 Beta 2. Buat masa ini, pembangunannya masih lagi mengikut jadual, dan sekiranya berjalan lancar, mungkin kita akan dapat melihat versi akhirnya pada bulan hadapan kelak. Melalui versi baru ini, ianya membawakan sedikit kemaskini pada antaramuka dashboard, serta membawakan kebolehan untuk menulis pada skrin penuh, tanpa gangguan perkara lain.


Pandang Pertama Laman Faces.my Dari Mentari Works
TechVentures : 9 Syarikat Membawa Pulang RM1.5 Juta
Diaspora Di Lancarkan Dengan Alpha Tertutup
MyEmail Kini Hanya Mempunyai Lebih Kurang 3,000 Pengguna Berdaftar
Lebih Maklumat Berkaitan "FourSquare Islam" Mula Kelihatan

9 Komen

  1. so fast the change, previous upgrade still new…

    • Eichikatsu pada 26 May 2011

      Yes, you right. Still can develop some more item on the previous version.

  2. Twit N View pada 26 May 2011

    bagus ler mereka2 ni, kesungguhan utk mencapai matlamat membuatkan mereka mengikut jadual yg dirancang…

  3. syahril hafiz pada 26 May 2011

    tak upgrade lagi :)

  4. matjoe pada 26 May 2011

    mazidul suruh boikot WP. nk ikut tak

    • Eichikatsu pada 26 May 2011

      X mau..ha³

    • MuJE pada 27 May 2011

      sape mazidul? raja blogging?

      • muhammad fakhruddin pada 28 May 2011

        Pasal isu blog hina Islam tu. Boleh report sebenarnya, nak komplen pasal polisi pun tak guna kita kan sekadar pengguna. Kesimpulannya jadilah pengguna yang bijak dan berhemah :)

  5. Juan pada 27 May 2011

    aku da update dah


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader