20May

WordPress.com Membawakan Dua Fungsi Baru

Web 2.0

Dengan pembangunan WordPress 3.2 kini telah pun memasuki peringkat beta, Automattic kini telah pun mula memperkenalkan beberapa fungsi baru untuk para pengguna WordPress.com. Antara perkara yang diperkenalkan hari ini kepada para pengguna WordPress.com adalah antaramuka dashboard yang baru dan lebih pantas, selain fungsi menulis tanpa gangguan yang menarik sekali.

WordPress.com kini membawakan antaramuka dashboard dengan sedikit perubahan, yang mana menjadikan pengurusan kandungan blog lebih mudah lagi. Selain itu, pihak Automattic turut sama mengatakan yang mana kini dashboard berfungsi lebih pantas dalam pelbagai pelayar web moden. Sama seperti untuk WordPress 3.2 kelak, pihak Automattic telah menghentikan sokongan Internet Explorer 6 untuk WordPress.com bermula hari ini.

Selain daripada itu, WordPress.com juga turut sama memperkenalkan fungsi menulis tanpa gangguan, dimana kini para pengguna boleh memilih untuk menulis pada skrin penuh, yang mana akan memfokuskan kepada tulisan anda semata-mata tanpa gangguan daripada pelbagai perkara lain. Ianya juga turut sama membawakan pelbagai sokongan kekunci pintas, membolehkan anda menggunakannya seperti menggunakan aplikasi dokumen yang lain.

Semua pengguna WordPress.com sudah boleh menggunakannya bermula hari ini. Ianya masih lagi tidak diketahui bilakah WordPress 3.2 akan dilancarkan secara rasminya buat masa ini, namun dijangka sekitar bulan Jun kelak.


Amanz di Rapat 060708
McAfee Turut Menyertai Senarai Penyedia Pemendek URL
Twitter Dan Angka
Fungsi Carian Pada Twitter Kini 3 Kali Lebih Pantas
Infografik : Wikipedia Memberikan Nafas Baru Untuk Kajian Dan Rujukan

7 Komen

  1. Orang Akaun pada 20 May 2011

    cool..makin sedap la pakai..tapi kalau malas cam aku, better function pon tarak guna jugaa…

  2. Fakhrul pada 20 May 2011

    hebat! ingtkn bnda ni mmg dh de dulu..sbb tgk asek sme je..cm xd perubahan..rupanya disini perubahannya yer..hehehe

  3. Eichikatsu pada 20 May 2011

    Ni yg lg x sabar nk tgu! WP 3.2

  4. Faris pada 20 May 2011

    Perubahan ke arah lebih baik semestinya bagus!!!

  5. faeez faster pada 21 May 2011

    ya…aku da dpt merasai nya…yeah!

  6. Hafiz pada 21 May 2011

    terbakor2 smgt nk tukar hosting nih hehe

  7. muhammad fakhruddin pada 21 May 2011

    Cepat betul upgrade dari versi 3.1 ke versi 3.2. WordPress terbaik!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader