Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah dilancarkan pada minggu lepas, kini Maxis telah pun mula menawarkan Motorola Xoom kepada umum, dimana mereka yang berminat boleh mendapatkannya terus daripada pusat-pusat Maxis bermula esok pada harga RM2499. Menariknya adalah untuk tempoh promosi ini, Motorola Xoom didatangkan bersama-sama dengan Motorola Defy secara percuma.

Motorola Xoom dan Motorola Defy ditawarkan pada harga hanya RM2499, namun begitu, para pengguna perlu mendaftar untuk pelan data Maxis 3GB selama 24 bulan. Anda juga boleh mendapatkannya pada harga RM2499 tanpa sebarang kontrak daripada Maxis, tetapi anda tidak akan diberikan peranti Motorola Defy secara percuma untuknya.
Melalui Motorola Xoom, ianya membawakan Android 3.0, skrin seluas 10.1-inch, dan juga cip 1GHz dwi-teras. Xoom turut sama membawkan kamera hadapan 2 megapixel untuk membuat panggilan video, dan juga kamera belakang 5 megapixel dengan LED flash. Motorola Xoom yang ditawarkan oleh Maxis adalah versi WiFi, dan versi 3G masih lagi tidak diketahui bila akan tiba di Malaysia.
7 Komen
Trackbacks/Pingbacks
Tinggalkan Komen Anda
ehm mahal sgt le. xmampu. kalau harga cam iPad2 ok gak kot. huhu
Rasanya dengan harga RM2499 dari Maxis ni kira berbaloi gak
tablet lagi.. kalau dpt hadiah je baru leh dpt..nak beli memang takdelah
mahal tpi nak.
sekrg ni motrola sesah nk cri bkn seng nk dpt promisi cm ni eklan tv pon x penah keluar. agaknye ni last model kot, kat malaysia ni motorola x mendapt smbutan berbanding gan nokia dan sony kerane mdel tu seng dapt berbandig gan motorola.. payah nk cri, nk cri motorola rezr v3x 3G pun sush em entah la.. mintak2 tahun yg seterusnye motorola akan kembali mendapt name tempat pertame dengan kualiti atau kecangihan yg dimilikinye dan mudah diperoleh. dan muncul la di tv agar jualan nye laris dan menjadi pilihan terutame nye ank2 mude.