24May

Yahoo! Memberikan Nafas Baru Kepada Perkhidmatan Emel Mereka

Yahoo!

Setelah menguji Yahoo! Mail Beta dengan antaramuka yang serba baru sejak daripada tahun lepas, hari ini Yahoo! memperkenalkannya kepada semua pengguna mereka, sekaligus membawakan antaramuka dan rekabentuk Yahoo! Mail yang serba baru kepada semua penggunanya, serta memperkenalkan beberapa fungsi baru padanya.

Melalui Yahoo! Mail yang baru ini, ianya lebih memfokuskan kepada pembacaan dan balasan emel dengan lebih pantas lagi, selain turut sama membawakan beberapa fungsi sosial terus melalui emel Yahoo!. Selain itu, para pengguna juga boleh mengubah Yahoo! Mail mengikut citarasa anda, dengan memilih tema dan sebagainya.

Menurut Yahoo! sendiri ini merupakan perubahan terbesar yang diperkenalkan pada Yahoo! Mail sejak 6 tahun yang lepas, dimana mereka telah membangunkannya semula dan kini ianya berfungsi lebih 2 kali ganda lebih pantas berbanding sebelumnya.

Semua pengguna Yahoo! Mail sudah pun boleh mengemaskini perkhidmatan emel Yahoo! mereka kepada versi baru, dan mula menggunakannnya dengan lebih mudah dan pantas bermula hari ini.


Yahoo! Membawa Internet Ke Televisyen
Yahoo! Membawakan Fungsi Carian Yang Menarik
Yahoo! Tawar Antara $3 ke $4 Billion Untuk Groupon?
Sony Ericsson Mendahului Di Malaysia - BlackBerry Dan Apple Mempunyai Pegangan Pasaran Yang Sama
Yahoo! Search Menambah Tab Carian Aplikasi Untuk iOS Dan Android

11 Komen

  1. din je pada 24 May 2011

    yahoo maju stapak lagi…nk kejar google boleh ke?

    opera mail pon ok..but favour for use in mobile

  2. Twit N View pada 24 May 2011

    bagus yahoo mail ni, ladang spam yg sgt berjaya…hehe

    • Anarm pada 24 May 2011

      yahoo mail sesuai jadi tempat pembiakan spam je.. huhu

      • msbmna pada 24 May 2011

        Setuju! Dah dekat sejuta e-mel yang belum dibaca lagi. Hehehe…

  3. Khai pada 24 May 2011

    Betul kata Anarm. Yahoo Mail mmg sesuai ntuk jadi tempat pembiakan spam je.. ehehehe.. by the way, saja la aku login Ymail tu, tapi still yang lama lagi..x baru pun.. dang!

    • Mashi pada 24 May 2011

      Aku dapat email yahoo ritu soh upgrade..dah upgrade…hehehe..mmg cun

  4. Hafiz pada 24 May 2011

    Yahoo Mail rsenye lg bgus dr google dr segi function n features. n UI die friendly :D

  5. Scromix pada 24 May 2011

    gmail juga bagus. tapi yahoo slain spam, dia unlimited. tu aku pakai lg :)

  6. funzool pada 24 May 2011

    Ye btol
    Aku stop guna ymail sebab byk sgt spam
    X larat nak delete dah
    Gmail lebih simple n sng nak guna. Haha

  7. mdfaizal pada 24 May 2011

    knape korang nye yahooo mail bnyk spam? aku nye ok jek.. spam mmg masuk dlm folder spam.. sminggu pn dlm 5-10 jek

    • Syafiq Zainal pada 31 May 2011

      itulah yg saya hairan dgn Yahoo. Email baru daftar pun boleh ada spam masuk. X mcm gmail. Saya mcm syak sesuatu…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader