19May

Yahoo! Memperkenalkan YM Untuk iPad

Yahoo!

Setelah sekian lama memperkenalkan aplikasi Yahoo! Messenger untuk iOS, kini Yahoo! telah pun memperkenalkan kemaskini kepada aplikasi mereka, dan buat pertama kalinya memperkenalkan Yahoo! Messenger untuk iOS yang mana telah dioptimasikan untuk iPad.

Dengan pelancarannya, kini para pengguna iPad boleh menikmati aplikasi Yahoo! Messenger dengan lebih menarik dan interaktif lagi. Tambahan lagi, dengan adanya kamera hadapan untuk iPad 2, para pengguna juga boleh membuat panggilan suara dan video secara terus melalui aplikasi Yahoo! Messenger ini.

Selain daripada itu, para pengguna juga turut sama boleh menghantar SMS terus melalui aplikasi Yahoo! Messenger, sekaligus membolehkan iPad anda digunakan seperti telefon biasa. Aplikasi YM! ini juga turut sama dioptimasikan untuk iPhone, dan iPod Touch. Para pengguna yang berminat, boleh memuat-turunnya secara terus melalui AppStore dengan mudah.


YM! 9.0 : Masalah Log Masuk Di Selesaikan
Yahoo! Messenger 10 Di Lepaskan
AOL Mungkin Akan Mengambil-Alih Yahoo!?
Pengguna Malaysia Sanggup Berbelanja RM3 Hingga RM60 Untuk Membeli Aplikasi
Lebih 5 Juta Diperuntukkan MDeC Melalui ICON2

2 Komen

  1. Ezy4u pada 20 May 2011

    wooo…dasyat betul…ni la salah satu sebab aku nak beli ipad ni…dari hari tu lagi xjadi…

  2. Iwani Khalid @ Kureno pada 20 May 2011

    Ah yes, about time! :)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader