Cari @ Amanz

Setelah memperkenalkan Yes Life versi desktop sebelum ini, kini YTL Communications akan turut sama melancarkan aplikasi khas Yes Life untuk peranti iOS pada minggu depan, membolehkan anda mengakses rangkaian Yes terus dari peranti iOS anda dengan mudah.

Buat masa ini, melalui versi dekstop, ianya membolehkan para pengguna menghantar mesej, SMS, menguruskan buku alamat, membuat panggilan dan sebagainya. Kini, nampaknya, dengan fungsi tersebut diperkenalkan kepada iOS, ianya mungkin akan turut sama membolehkan para pengguna peranti tersebut membuat fungsi serupa dengan mudah.

Info berkaitan aplikasi Yes Life untuk iOS masih lagi samar-samar buat masa ini, dan kami akan mengemaskininya sebaik sahaja info lanjut berkaitan dengannya didapati. Ianya sebelum ini turut diperkatakan yang mana Yes bakal memperkenalkan peranti Android mereka, selain aplikasi khas untuk Android dengan keupayaan panggilan video juga dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd