Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Nampaknya, platform perbincangan baru yang diumumkan oleh perdana menteri kita, Najib Razak sudah pun boleh diakses, membolehkan para pengguna berbincang dengan yang pakar dengan mudah terus melalui web 1Malaysia RoundTable.

Para pengguna yang ingin menyertainya hanyalah perlu berumur 15 tahun dan keatas, dan terlebih dahulu perlu mendaftarkan diri untuk menyertai sesuatu perbincangan. Hanya beberapa tempat sahaja yang disediakan untuk menjadikan sesuatu perbincangan itu lebih berkualiti lagi.
Melalui 1Malaysia RoundTable, para pengguna boleh berbincang mengenai sesuatu perkara, dan pada masa yang sama memberikan idea-idea menarik mereka, selain mengundi idea-idea rakan yang lain dengan mudah. Kelak, idea-idea ini diperkatakan akan diperlihatkan kepada perdana menteri kita, untuk diambil perhatian.
Ianya juga diperkatakan sebagai salah satu platform untuk membolehkan para pengguna berkongsi idea dan pandangan dalam menjadikan Malaysia lebih maju lagi.
7 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Good stuff. Hopefully the good ideas will not go to waste (idea will be executed)
niat tu dah hebat, tapi harap2 idea2 radikal yg kreatif pon akan dibawa ke peringkat atasan gak kelak
harap2 admin yg jaga meja bulat cukup terbuka utk terima idea dan bukan jenis kaki kipas jer…
idea tak semestinya yg puji melantun-lantun tapi idea dgn cara kritikan juga harus diambil perhatian…
Ada blogger yang sudi nak jadi Subject Matter Expert? Denaihati? Ariffshah? Aman Shah
nice betul la kerajaan kita ni…siapa nak join g la join~
aku rase dlm nie pn kompem ade politik lah…huh!
awal bro bagi pandangan awal…
elok jua kalau depa isu hal pengguna & rakyat