Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Sebelum ini, pada bulan Mac yang lalu, kami ada laporkan yang mana 1tube.my bakal memperkenalkan antaramuka dan rekabentuk yang serba baru. Dan menariknya, kini khas untuk para pembaca Amanz, antaramuka 1tube baru yang dijangka akan diperkenalkan sekitar minggu ini, diperlihatkan terlebih dahulu.

Bersama-sama dengan antaramuka baru, mereka juga memperkenalkan logo baru yang tampak lebih kemas berbanding sebelumnya. Selain daripada itu, ianya juga dilihat yang mana 1tube.my akan mula menyokong pendaftaran akaun menggunakan Facebook Connect, sekaligus memudahkan pendaftaran para pengguna baru.

Pada masa yang sama, mungkin juga 1tube akhirnya akan mula menjana wang daripada perkhidmatan mereka, dengan memperkenalkan pengiklanan pada laman mereka. Mungkin lebih banyak fungsi mungkin diperkenalkan pada versi akhir kelak. Ianya dijangka yang mana wajah baru ini bakal diperkenalkan pada penghujung minggu ini. Sama-sama kita nantikan perubahan drastik 1tube.my ini.
15 Komen
Tinggalkan Komen Anda
aku sdrik tak perasan
hahaha
wohooo cantik menarik ko memang da bomb
baru jer bukak ni.. dah tuka yg lama blk..
aku tak pernah play(baca: tak boleh play) even satu video pon kat 1tube… tataw nape T.T
wah..great…
Laman sesawang ini mencampur antara Bahasa Inggeris n Melayu sekaligus walaupun sudah memilih English sebagai die punye language.
Semoga terus maju. Tp bila aku who.is tgk dia bwh exabytes? Sbnarnya 1tube ni bwh sapa? sapa tw?
Sebab dorang beli domain .my tu kat Exabytes.
domain .my kita tak boleh handle sendiri
Dapat! TQ Bro MuJe!
jgn lupa ke channel aku
sabor yer..masih dlm proses mendesign web 1tube nih..
Sabor jela…
tahniah 1tube.. =)
terbaik hendaknya..
okeh, new design 1tube.my dah up…utk old user sila login cam biase n integrate ngan FB anda, utk user baru..leh terus register pakai Facebook Connect. mekasih