Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Jikalau sebelum ini kita dapat melihat jumlah blog berdaftar di bawah Nuffnang yang melebihi 170,000 buah blog, kini Advertlets secara tidak rasminya memperlihatkan yang mana mereka mempunyai lebih 60,000 para penulis berdaftar, dan jumlah blog dibawah mereka masih tidak diketahui.
Selain daripada itu, Advertlets turut memperkatakan yang mana kini rangkaian blog mereka mencapai sehingga antara 800,000 hingga 1 juta pembaca blog setiap hari pada rangkaian mereka. Ianya sekaligus memperlihatkan suatu angka yang amat besar sekali.
Pada masa yang sama, ianya diura-ura akan yang mana Advertlets bakal memperkenalkan rekabentuk halaman baru bersama-sama dengan beberapa fungsi baru tidak lama lagi. Tarikh pasti berkenaan dengannya masih tidak diketahui buat masa ini.
16 Komen
Tinggalkan Komen Anda
ok la skang advertlets skang ni.. aku tgk dorg ade insentif nak bayar blogger.. yg tertunggak lama2 pun ade dah dpt bayaran.. yg penting kena rajin follow up.. semoga terus maju..
mintak2 la hutang lama aku tu diorg bayar dulu sebelum aku pasang balik iklan mereka…
60,000 termasuk aku yang dah xpasang iklan dorang..ekekek
heheh aku sempat pasang 4jam
Advertlets masih x bayar … buat penat je pasang iklan dan earning… last2 masih tertunggak…. lama dh menunggu..
tak pernah lagi pasang. insyaAllah in future. Nuff pon dah start bagi BE walaupon berapa kupang je. huhu
Advertlets macam NuffLets…bankrap!
pernah pasang dulu2..
insentif cepat naik dari nuffnang..
dulu2 ar.. =p
nak tunggu juga la rekabentuk advertlets yang baru
Aku no komen, beb payment memang ok, tapi duit aku dah 3 tahun tunggu di cairkan, hmm point alam maya sahaja
klu ramai pun tapi xbyr..bek xyah tunjuk..
Mcm2 company jual iklan skrg ni.. aku tak phm langsung cmne fungsi iklan tu.. aku main letak je kt blog.. haha
aku syg advertlets sbb drng yg salu byr.
pakai innity lagi masyuk….
adverlets x byr g kt aku… hoho…
bayar? chillax ar..haha