24Jun

Aplikasi Android Akan Disokong Pada MeeGo Melalui Alien Dalvik

Google

Salah satu perkara yang dipertikaikan apabila Nokia memperkenalkan N9 bersama-sama dengan MeeGo adalah sokongan aplikasi yang terdapat padanya. Kini, mungkin para pengguna tidak lagi perlu risau, memandangkan kini pembangun Alien Dalvik telah pun mengumumkan ianya akan membawakan sokongan aplikasi Android pada MeeGo.

Menurut mereka, aplikasi Alien Dalvik akan diperkenalkan secara komersial untuk MeeGo pada tahun ini, membolehkan aplikasi Android digunakan pada peranti yang menggunakan MeeGo seperti N9 dengan mudah.

Ianya bukanlah kali pertama aplikasi Android disokong oleh sistem dan platform pihak ketiga. Sebelum ini RIM telah mengumumkan sokongan aplikasi Android pada BlackBerry PlayBook tidak lama lagi dalam tahun ini.


Pelayar Web Chrome Kini 30% Lebih Pantas
Google+ Rangkaian Sosial Daripada Google
Google Menghantar Pasukan Untuk Merakamkan Hutan Amazon Ke StreetView
Google Memperkenalkan Android Ice Cream Sandwich Secara Rasminya
10 Carian Terhangat Di Google Malaysia Bagi Minggu Berakhir 26 Januari

3 Komen

  1. Encik Hasan pada 24 Jun 2011

    Video tu mcm n900 je…

  2. KawanGeek pada 24 Jun 2011

    sebelum ni blackberry, skrg nokia.. em. mungkin sale smartphone nokia bakal naik?

  3. kikoz pada 25 Jun 2011

    dgr apa kata pengkritik nokia~~


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader