20Jun

Aplikasi Untuk Peminat Diskaun Dan Kupon Bakal Diperkenalkan

Lain-lain, Perisian, Web 2.0

Ramai yang meminati laman-laman diskaun harian ini, yang amat ingin akan aplikasi mudah-alih khas untuk mengikutinya dengan lebih mudah, dan perkara ini bakal direalisasikan melalui MyKouponz, dimana mereka bakal memperkenalkan sebuah aplikasi khas yang memperlihatkan pelbagai tawaran harian untuk pengguna iOS, Android, Windows Phone 7 dan juga BlackBerry.

Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih lagi tidak diketahui. Tetapi apa yang menariknya adalah dimana ianya akan dilancarkan dengan kerjasama bersama-sama dengan 8 syarikat yang lain, termasuk EveryDay.com.my, JackCow.com, ILoveDiscounts.my, QPon.com.my, Koupon.com.my, Groupego.com.my, WeBuy.com.my, dan juga Funtora.com. Ianya diperkatakan yang mana melalui aplikasi tersebut, ianya akan membolehkan para pengguna untuk membeli, berkongsi dan menguruskan kupon yang mereka beli melalui laman-laman yang terlibat.

Mungkin pada pelancarannya kelak, lebih banyak syarikat-syarikat tawaran harian yang mungkin akan turut serta, sekaligus menjadikannya antara aplikasi yang bakal diminati ramai. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


Firefox 3.6 Pada Awal Tahun 2010
Twitter Bakal Memperkenalkan Fungsi Yang Baru?
Groupsmore.com.my Membawa Pengunjung Ke Laman Baloi
DrBook2U Di Tangguhkan - Bakal Dilancarkan Selepas Tahun Baru Cina
Catcha Media Mengambil-Alih Pegangan Sebanyak 50% Pada Carlist.my

4 Komen

  1. Hafiz pada 20 Jun 2011

    Wah banyak betul website camni

  2. MYR1 pada 21 Jun 2011

    ada lagi yang bakal menyusul. nantikannya.. ;p

  3. PayLess pada 22 Jun 2011

    Ping! ;p

  4. Sailingstars pada 15 Jul 2011

    bila ada 1 applikasi mcm ni mmg senang sikit kita nk follow kan..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader