30Jun

Apple Bakal Memperkenalkan MacBook Air Dan OS X Lion Pada Pertengahan Julai?

Apple

Setelah diperkatakan sekian lama, kini ianya dilaporkan yang mana Apple bakal mengemaskini keluarga MacBook Air mereka pada pertengahan Julai ini, membawakan sokongan Thunderbolt dan juga cip pemprosesan Intel Sandy Bridge yang terkini.

Tambahan lagi, ianya juga turut diperkatakan yang mana MacBook Air baru ini juga turut sama akan didatangkan bersama-sama dengan sistem operasi versi terkini mereka, iaitu Mac OS X 10.7 Lion. Ini, sekaligus memperlihatkan yang mana Apple bakal melancarkan OS X Lion kepada umum pada bulan Julai ini juga, seperti mana yang pernah dilaporkan sebelum ini.

Jadi, mungkin kita akan dapat melihat sistem operasi generasi akan datang daripada Apple, termasuk juga keluarga baru MacBook Air dalam masa dua tiga minggu lagi. Sama-sama kita nantikannya.


iPad 2 Pada Jumaat Ini - Harga Bermula RM1499
Lebih 15 Billion Aplikasi Dimuat-Turun Melalui Apple AppStore
Siri Berjaya Digodam Untuk Digunakan Bersama-sama Dengan Perkakasan Lain
Penganalisa : iPad Generasi Akan Datang Bakal Dilancarkan Pada Februari
(Video) Mengapa Android Lebih Baik Daripada iOS

2 Komen

  1. Hyuuga pada 30 Jun 2011

    macbook pro x redesign ke??

  2. khairul pada 01 Jul 2011

    Hyuuga,
    kalau tak silap macbook pro apple dah keluarkan versi baru yg siap port Thunderbolt.. macbook air tahun ni belum ada lagi serious upgrade..masih guna core2duo lagi..2 generasi terkebelakang..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader