Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Seperti sedia maklum, sebelum ini Amazon telah pun melancarkan kedai aplikasi untuk pengguna Android, yang dinamakan sebagai Amazon AppStore, dan ianya tidak mengambil masa yang lama sebelum Apple memfailkan saman keatasnya. Dan kini ianya kelihatan seperti Apple mungkin tewas dalam kes tersebut.
Keputusan mahkamah untuk perkara tersebut akan dikeluarkan tidak lama lagi, dan ianya diperkatakan yang mana permintaan Apple untuk Amazon menukar nama kedai aplikasi mereka mungkin ditolak. Ianya diperkatakan yang mana penggunaan nama “App Store” itu sendiri merupakan perkataan umum, dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja.
Apple sebelum ini telah melancarkan AppStore pada tahun 2008 untuk para pengguna peranti iOS, sebelum Amazon melancarkan kedai aplikasi untuk para pengguna Android pada bulan Mac yang lalu, dinamakan sebagai Amazon AppStore for Android.
8 Komen
Tinggalkan Komen Anda
apple gile talak..lol
aku harap-harap lepas ni ade la tokey2 epal kat pasar tu saman balik si Jobs ni kerana menggunakan perkataan Apple kat produk tak berapa nak epal diorg tu.
Sorry to say tapi mcm gila tamal.
“AppStore” pun nak pattern kan juga ke? Mampus la gini.
p/s: Aku baru perasan, dekat facebook x boleh buat page dengan nama bermula dgn “i” melainkan ada .com dkt belakang.
Cth:
iLimau
iLemau
iAmanz
dan segala bagai “i” tanpa jarak atau dash x lepas.
Mungkin apple da minta facebook untuk larang guna nama “i” kot. x taw la aku btul ke tak..
Ni macam tak bagi orang guna nama ayahanda dan abg long.
apple desperate. semua nak kata tiru. lepas ni klu tengok iphone ada ciri-ciri android, harap google saman.. tp malangnya ia open source. so xda sekatan nk tiru bukan..
apple poyo
mengelabah puyuh gak apple ni..
Jangan lupa Apple yang reka & mempopularkan perkataan ‘App’ tu, sehingga diterima dalam bahasa kamus. Ada hak la jugak untuk diorg pertahankan. sebelum iPhone, semua guna perkataan software, naper skarang beria-ia tukar.
Macam google diterima sebagai satu perbendaharaan kata dalam kamus, tak bermakna mana-mana syarikat boleh guna ‘Google’ untuk produk syarikat diorg