30Jun

Bilangan Aplikasi iPad Melangkaui Angka 100,000

Apple

Setelah lebih setahun tablet Apple dilancarkan, kini bilangan aplikasi yang dioptimasikan khas untuk iPad telah pun melangkaui lebih daripada 100,000 aplikasi. Ini sekaligus meletakkan Apple dihadapan dalam bilangan aplikasi yang ditawarkan dimana telah dioptimasikan untuk para pengguna tablet.

Akhir-akhir ini, tablet telah menjadi salah satu peranti permintaan ramai, dengan semua pembangun peranti mengeluarkan tablet masing-masing, dengan HP dengan TouchPad menggunakan webOS; Samsung, HTC, Motorola dan lain-lain membangunkan tablet Android, RIM memperkenalkan tablet BlackBerry dan banyak lagi, dan salah satu perkara yang menjadi permintaan pengguna adalah aplikasi untuknya.

Pembangun aplikasi tempatan, Terato Tech sendiri pernah mengeluarkan beberapa aplikasi yang dioptimasikan untuk tablet iPad, termasuk Aiyo Magazine dan Forest Fables, selain pengeluar akhbar tempatan popular turut mengeluarkan aplikasi iPad masing-masing, termasuk Harian Metro dan juga NST.


Adakah DiGi Dihukum Oleh Apple?
iOS 5 Tidak Akan Menyokong iPhone 3GS Dan Sebelumnya?
Apple Sedang Membangunkan Teknologi Baru Untuk Strim Video Ke Televisyen
Menangi Buku Steve Jobs Nukilan Walter Isaacson Di Amanz - Tajaan @TeratoTech
Apple Menjemput Kaspersky Memberikan Nasihat Sekuriti Untuk OS X

4 Komen

  1. matjoe pada 30 Jun 2011

    nevermind, android will surpass them once the tablet market for android begin to mature

    • kakiapple pada 01 Jul 2011

      android ke, iOS ke, symbian ke, yang penting function setiap device. function yg orang nak pakai. kalau biasa dengan environment apple, orang akan pilih apple, kalau biase ngan environment android, org akan pilih android. bukan pilih jumlah aplikasi.. kalau suatu hari nanti, android keluar 5892734589237452089347580934752983 aplikasi pun, kalau hardware device sesetengah android tu tak bagus, serupa gak, xde gunenye.. ( aku x kutuk android, sebab aku sendiri pakai HTC Desire HD, and aku pakai iPad 2, dan juga BB Playbook ) . .

    • Zahari pada 07 Jul 2011

      Chill bro. Pilih je mana yg berkenan di hati

  2. mohadila pada 01 Jul 2011

    waaaahhhh….banyak tue apps kt apple store.walaupun produk apple cam canggih itu, android n OSS tetap menjadi pilihan…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader