04Jun

CCleaner Untuk Mac Beta Diperkenalkan

Perisian

Salah satu program popular pada Windows, iaitu CCleaner kini dilepaskan kepada para pengguna Mac, dimana kini para pengguna Mac OS X boleh memuat-turun dan mencuba CCleaner untuk Mac, dimana versi akhir dijangka akan dilepaskan dalam masa sebulan dua lagi.

Melalui CCleaner untuk Mac, ianya menyokong untuk membersihkan dan membuang beberapa fail-fail yang tidak digunakan pada Mac, termasuk sokongan membersihkan fail-fail yang disimpan pada Safari dan Firefox, , membuang info dan fail yang disimpan pada Trash, Recent Files, dan Servers, serta sokongan untuk fail-fail pada Temporary Folder.

Para pengguna Mac OS X yang berminat boleh menggunakan CCleaner untuk Mac Beta ini dan menguji beberapa fungsi menarik padanya. Namun begitu hendaklah diambil perhatian yang mana ianya masih lagi pada peringkat pembangunan dan mempunyai pelbagai masalah pepijat yang masih belum dikenal pasti lagi.


Muat-Turun Safari 4 Menjangkaui Angka 11 Juta
Lebih 1 Juta Aplikasi Telah Di Muat-Turun Dari Mac App Store
Mac OS X Lion Bakal Membawakan Integrasi Perkomputeran Awan?
Internet Explorer 9 Bakal Dilancarkan Pada 14 Mac
Versi Pembangunan Pertama Firefox 5 Beta Kini Di Pelayan FTP Mozilla

2 Komen

  1. asx pada 05 Jun 2011

    Almost the same as “cleanmymac”

  2. Hafaisy pada 05 Jun 2011

    kena ingat gak bro.cleanmymac kena bayar, ccleaner mungkin free.. lepas ni bungkus la cleanmymac


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader