27Jun

Celcom Memperkenalkan Perkhidmatan Jalur-Lebar Mudah-Alih Instanet

Telekomunikasi

Celcom kini telah pun memperkenalkan perkhidmatan terbaru mereka yang dipanggil Instanet, menumpukan sepenuhnya kepada perkhidmatan jalur-lebar mudah-alih. Melalui Instanet, tiga pelan berbeza ditawarkan, iaitu untuk penggunaan harian, mingguan dan juga bulanan.

Melalui pelan internet Instanet, ianya menawarkan penggunaan sebanyak 500MB untuk harian pada harga cuma RM5, diikuti mingguan dengan kuota 1GB pada harga RM18. Pengguna juga boleh melanggan untuk penggunaan bulanan dengan kuota 1.5GB pada harga cuma RM50.

Pada masa yang sama, Instanet menawarkan kelajuan sehingga 512Kbps, dan sekiranya anda melebihi kuota pada sesuatu masa itu, kelajuan pelayaran anda akan dikurangkan menjadi 64Kbps. Instanet juga turut sama menawarkan kuota tambahan pada harga yang amat murah.

Para pengguna yang berminat, boleh mendapatkan Instanet ini melalui pakej yang ditawarkan, iaitu RM12.50 untuk SIM dan juga kredit RM10, manakal untuk pengguna yang inginkan SIM dan juga modem USB, anda boleh dapatkannya pada harga RM108 yang turut didatangkan dengan kredit RM10.


Naik Taraf Pakej Streamyx Pada Kadar Istimewa
Berkongsi Akses Jalur-Lebar Melalui Modem WiFi Peribadi Maxis
Yes Life Untuk Android Pada Bulan Hadapan?
Kini Anda Boleh Bermain Congkak Pada Peranti iOS
Jaring Sedang Mencari Pemilik Baru Pada Harga Sekitar RM50 Juta?

39 Komen

  1. paeh pada 27 Jun 2011

    tak berbaloi~~

  2. SJ pada 27 Jun 2011

    klau lebih kuota speed dkurangkan baik x payah subcribe

  3. Anniesah pada 27 Jun 2011

    betul. tak berbaloi. sebelum ni pelan celcom, RM5 sehari tanpa had. dua tiga hari ni dah tukar lain pulak. baik pakai digi. unlimited usage untuk seminggu, rm15. cuma yg harian agak mahal, rm8 (tp still tanpa had)

    • me-lan pada 01 Sep 2011

      digi sehari bolih subcribe yg rm3 unlimited gak

  4. mr.s pada 27 Jun 2011

    Tak faham kenapa hrga pakej jalur lebar yg ditawarkan oleh mobile operator (Maxis, Celcom, Digi) lbih mahal berbanding ISP (Streamyx, P1, Yes 4G, etc). Padahal pakej dr ISP lebih sesuai dr segi speed dan kuota. Ada siapa2 boleh terangkn mengapa? Adakah ia melibatkn kos operasi syarikat2 tersebut?

    • beburung pada 27 Jun 2011

      Errr…aku takkan cakap Yes tu murah.

      Tapi yup, entah kenapa mobile data mahal gile sap dengan kuota yang tak masuk akal.

      Rindu zaman maxis dulu2 punya unlimited takde kuota, berbaloi2. Tapi kalau nak yang 3g-base network sekarang punya tapi virtually takde kuota, baik amek Digi. Kuota dia cuma untuk until dia throttle speed, lebih kurang celcom gak tapi takde teruk sangat.

    • Hafiz pada 27 Jun 2011

      Tak sure, tp org ttp beli :)

      • izwan pada 27 Jun 2011

        mungkin sebab mereka beli data daripada tm jugak?

    • Syukri Lajin pada 27 Jun 2011

      kenape kedai runcit jual lagi mahal dari pasaranya.

  5. fareez pada 27 Jun 2011

    pd pndapat aku, apa2 pakej mobile broadband pun, xkiralah plan utk lite, medium, heavy ke, mobile broadband mmg hnya cukup bg dorg yg guna intrnet utk laman2 sosial dan e-mel shj.

  6. xflixz pada 27 Jun 2011

    hmm..dengan pelancaran instanet ni pelan celcom broadband prepaid yang lama tu takde la ye?

    pelan lama lagi berbaloi daily quota 1GB , weekly quota 2GB..ni dah dikurangkan separuhh…tak berbaloi laaaa…

  7. izwan pada 27 Jun 2011

    setakat ini aku puashati dgn digi smart plan..memang berbaloi

  8. sazuwi pada 27 Jun 2011

    ingatkan servis baru, bandwith quato berbaloi ar.. samer gak..

  9. budakudm pada 27 Jun 2011

    saya pakai Digi broadband discover
    1) 3 gb data = rm58 utk 12 bulan pertama
    2) 10 gb data = rm88 utk 12 bulan pertama

    klau dah abeh banwith, speed kurang ke 128Kbps
    ok kan?

    • SaifuL aDLy pada 29 Jun 2011

      OK la tuuuu…asalkan ko bahagia. Aku pun guna DiGi gak. DiGi prepaid jer.

      • sg4s pada 04 Jul 2011

        DIGI kalau pergi di certain KL area pon bleh tak dapat, mungkin korang ni pnduduk tetap yg mnetap di satu kerusi je kot. Better ambil WiMax or streamyx je.

  10. Roslan Nazri pada 27 Jun 2011

    serabuk peruk nate ISP malaysia ni..lol

  11. xanos pada 27 Jun 2011

    hadoi!! pening kepala aku tgk plan nie…

  12. chill pada 27 Jun 2011

    boo… nak untung je lebih

  13. kasim pada 27 Jun 2011

    1.5gb for month??? seriously???

    • SaifuL aDLy pada 29 Jun 2011

      seriously??? tu maknanya terlebih sudah atau memang tak berbaloi?
      Paling koman pun bagi aku seminggu aku perlukan 3GB data.
      Sebulan aku perlukan 12GB data. 1.5gb data sebulan? WTFcuk!

      • sg4s pada 04 Jul 2011

        Ish3 en Saiful,

        Boleh ke kalau saya kategorikan anda ni sememeh??

        Hang nak 50GB sebulan pon takpa, yg hang duk gatai carik pelan utk light user watpa.

        Nate beruk muu. Hang pi subscribe Unifi lar. haha

  14. epulpecoi pada 27 Jun 2011

    mahal nye, aku pakai digi discover day je
    lagi berbaloi2..

  15. Danny Jafni pada 27 Jun 2011

    Mrapu betui la celcom nie…. mahal… quota kecik!

  16. alinux pada 27 Jun 2011

    isp malaysia ni ingat kita ni pengguna tak pandai ke tak ambik kira berapa quato, speeding dan sebagainya..dorang silap, ni yang ramai yang suka nak hack web malaysia ni, users takpuas hati..

  17. Syafiq Zainal pada 27 Jun 2011

    aku rasa ni lebih pada rebranding kot. Yg sedia ada ni pon mengarut. Slow nk mampus.

    • SaifuL aDLy pada 29 Jun 2011

      Nak Upgred la kononnya alih-alih jadi downgred lak.

  18. mancai pada 27 Jun 2011

    kalau dalam ayat tak puas hati “macam ‘sembelih dalam diam je….” ish2.. apa pun pilihlah yang terbaik… maaf sekadar pendapat je

  19. anazhd pada 27 Jun 2011

    Pakai yes. Rm30 minimum, dapat speed up to 15mbps. ( kawasan dalam coverage optimum ). up to 5mbps ( kawasan luar coverage optimum ). 2mbps on low coverage. No connection at all di kawasan luar coverage.

    Rm30 – bandwidth lebih tinggi, speed lebih memuaskan.

  20. sayacomel pada 28 Jun 2011

    mahal gila..

  21. amirzaim pada 28 Jun 2011

    murah…murah apekebenda ni?….mahal wei…..kalau ada lagi pesaing yang boleh bagi broadband murah tanpa kuota bangang kan bagus…

    • SaifuL aDLy pada 29 Jun 2011

      Bangang lagi kalau ader orang yang apply ke jadah haram instranet nie.

  22. ekspresiruang pada 28 Jun 2011

    celcom broadband aku skg ni pon jrg dpt signal. asyik dpt EDGE je. dh nk hujung bulan br pakai xsampai 2GB. tp terpaksa byr harga utk 5GB. halalkah duit yg Celcom dpt dgn penggunaan dan servis yg cakap xserupa bikin ni?

  23. matjoe pada 28 Jun 2011

    celcom ni makin loghat la aku tengok. dah laa bawak iphone lambat, smartphone android pon yang cikai-cakai. ni pulak instanet? nobody care. tgk 27+ komen kt atas pun dah cukup.

    patut jadi yang paling awal perkenalkan device terbaru, tercanggih barulah orang suka.

    sib baik aku layan phone n sms dgn bill rm20 jer per month, takde laa nak bising sangat, but aku menulis dari pandangan kalau nak bagi celcom competitive. orang tak peduli sangat brand LG yang celcom promote utk android phone.

  24. redboy pada 29 Jun 2011

    liputan yg sedia ada pon terkuntang kanting…ada hati nk knal kan bnda bru..aiyark..tlg laa…pkuatkan dlu la broadband yg sedia ada…

  25. nizamghazi pada 30 Jun 2011

    P1

  26. sg4s pada 04 Jul 2011

    Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada geng-geng IT semua,

    Utk pngetahuan semua, Celcom sebenarnya telah menaiktaraf bandwidth mereka di mana sebelum ni pakej sedia ada (broadband entry RM48) up to 384kbps kepada 512kbps. Bukankah itu di namakan perubahan? Memangla kita nampak seperti tak berbaloi apabila capped data telah di kurangkan sebnyak separuh dari sebelum ni. Tp itu la namanya “fair-fair policy” di mana user dan provider masing2 dpt keuntungan sama rata.

    Ini contohnya:- Apabila kita pergi ke mesin ingin membeli air mineral mngikut carta di bawah;

    Jenis air mineral A B

    Pakej di tawarkan 2 liter 1.5liter

    Kelajuan seminit 20ml 40ml

    Masa di tetapkan 20 minit 20 minit

    Kadar bayaran RM1.00 RM1.20

    Jadi yg mana satu pilihan korang??

    Buat pengetahuan korang semua juga, semakin tggi capped data maka semakin berat lah trafik di setiap pencawang dan semakin perlahan jgak keadaan di suatu kwasan tersebut. Dan pelan ni d perkenalkan khas utk user2 prabayar n xmau terikat dgn mne2 caj terselindung. Pd pndapat sy, pakej ini sgt sesuai dgn mne2 user lightsurf dan tidak berada d suatu tempat utk jgka masa pnjg. (travelling worker)

    **another info: Celcom adalah telco yg paling ramai subscribernya, ini akn mmbuat syarikat semakin rugi kerna perlu memasang transmitter lebih sekiranya kelajuan di tingkatkan n capped data juga tidak berubah. :)

  27. aziz pada 24 Aug 2011

    nasib baik aku pakai celcom broadband student package…RM50-Kuota-5Gb..skarang ni xda da kalau korg nak langgan package ni..sbb tu aku sayang nak terminate…kuota 5Gb tu..

  28. anonymous pada 13 Sep 2011

    salah korang la pangkah BN. tax semakin tinggi. yang kaya semakin kaya. yang sederhana jadi miskin. yang miskin jadi lagi miskin.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader