15Jun

Celcom Turut Sama Mula Menghalang Akses Ke 10 Laman Perkongsian Fail

Telekomunikasi

Setelah P1, TM dan juga Maxis, kini kedengaran yang mana Celcom turut sama telah mula menghalang akses ke 10 laman web perkongsian popular, termasuk PirateBay. Perkara ini adalah lanjutan daripada permintaan SKMM untuk menghalang akses ke laman-laman tersebut, disebabkan pelanggaran hak cipta dan sebagainya.

Sebelum ini, melalui surat bertarikh 30 Mei, ianya diketahui yang mana sebuah surat rasmi telah dihantar kepada para penyedia ISP melalui SKMM dimana diminta untuk menghalang akses ke laman-laman yang tersenarai. Buat masa ini, ianya diketahui yang mana hanya Yes, DiGi, Jaring dan beberapa ISP lain sahaja yang masih belum menghalang akses ke laman-laman tersebut, dan mungkin akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Kami di sini tidaklah mengalakkan cetak rompak, dan pada masa yang sama tidak begitu menyukai tindakan pihak berkuasa, memandangkan bukan kesemua fail-fail yang dikongsikan melalui laman tersebut merupakan fail-fail berhak-cipta, sebaliknya turut digunakan untuk penghantaran fail-fail dokumen, dan juga perkongsian fail ISO distro Linux.


Teknologi dan Internet Sepanjang Tahun 2009
Faces.my Beta Bakal Dilancarkan Pada Bulan Oktober
Lebih 15 Negara Akan Menerima iPhone 4S Pada 11 November - Tiada Nama Malaysia
Tempahan Makanan Melalui Internet Semakin Mendapat Perhatian Di Malaysia
Celcom Dan Maxis Bakal Memperkenalkan Pelan iPad Baru

11 Komen

  1. ekspresiruang pada 15 Jun 2011

    btol tu. nak share gmbr yg ditangkap ramai2 dlm size bsr pon dah xboleh. apa guna ada internet laju2. hmm

  2. zilog pada 15 Jun 2011

    ISP n SKMM ni mmg mengong. padahal nak unblock balik senang je pun.. diorg ni klu nak block, block la btol2 bg smpi xleh masuk kaw2 punya..huhuhu

  3. ali mamak pada 15 Jun 2011

    orang2 legend wat sesuatu tnpa berfikir dengan logik..
    main suke2 ati je suruh block filehosting..

  4. Knoxx pada 15 Jun 2011

    kena guna dropbox lah pasni nak share file mcm linux distro

  5. Scromix pada 15 Jun 2011

    mengalakkan atau menggalakkan? aman, bahasa tu ;p

    • Mashi pada 15 Jun 2011

      Bila otai dengan otai berbicara…hehehe
      Aku bukan sape2..Cabotttt

  6. mdfaizal pada 15 Jun 2011

    ape pun tak boleh!

  7. Adam Roslan pada 15 Jun 2011

    Saya harap kerajaan labur beberapa juta lagi untuk membangunkan 1kongsi.com.my bagi membendung masalah ini.

  8. ShakRoil pada 15 Jun 2011

    yeah! itu semestinya! huhu

  9. abrablog pada 19 Jun 2011

    emm..celcom punya turn la pula..

  10. Amiruddin pada 19 Jun 2011

    tu la…..kerajaan cuma memikirkan ttg cetak rompak….tp x memikirkan ttg perkara lain….diorang ni cuma memikirkan dengan cara yang singkat tanpa mengadakan persidangan dengan pihak pakar IT di Malaysia……..( diorang ni cuma bincang ngan geng IT dr kerajaan tp x tanya pakar IT dari syarikat swasta. Kalo kerajaan x pe la….sbb diorang ni dapat software original…..x macam dri syarikat swasta…..)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader