02Jun

Chromium 14 Sedia Diuji

Google, Perisian

Walaupun pembangunan Chrome 13 belum mencapai fasa stabil, versi seterusnya sudah pun mula dibangunkan dimana para pengguna sudah boleh menguji versi pembangunan pelayar web Chromium generasi seterusnya, iaitu Chromium 14.

Buat masa ini, fungsi-fungsi baru padanya masih lagi tidak diketahui sepenuhnya. Namun begitu, salah satu fungsi yang diperkenalkan adalah sokongan API Page Visibility, yang mana membolehkan para pembangun mengawal aplikasi mereka sepenuhnya, samaada ketika digunakan ataupun sebaliknya.

Selain daripada itu, fungsi-fungsi lain masih lagi samar-samar, dan mungkin dengan ini kita akan dapat melihat Chrome 13 Beta dilepaskan oleh Google kepada semua pengguna tidak lama lagi.


Fungsi Memilih Senarai Penerima Pada GMail
Pra-Lihat Dokumen Google Docs Pada GMail
Aplikasi Rasmi Twitter Untuk Android Di Lepaskan
Google Membeli Groupon Pada Harga $2.5 Billion?
Google Melancarkan One Pass

1 Komen

  1. daus pada 02 Jun 2011

    download link ada ?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader