07Jun

Dashboard Xbox Membawakan Antaramuka Baru Dan Sokongan Awan

Microsoft

Setelah memperkenalkan antaramuka Metro pada Windows Phone, serta memperlihatkannya pada versi pembangunan Windows 8 minggu lepas, kini Microsoft terus ingin menjadikan antaramuka diantara platform keluaran mereka lebih serasi, dimana kini ianya dilihat antaramuka dashboard baru Xbox 360 menyerupai Windows 8.

Selain daripada itu, Microsoft turut memperkenalkan beberapa fungsi baru, termasuk carian melalui suara, serta menariknya sokongan awan melalui Xbox 360, dimana para pemain boleh menyimpan data-data berkaitan permainan mereka terus di pelayan Microsoft.

Mungkin perkara ini juga merupakan salah satu petanda, dimana sebelum ini, kita telah melihat beberapa integrasi sokongan awan pada Windows 8, dan ianya turut diperkenalkan pada Windows Phone.

Mungkin kelak, dengan pelancaran Windows 8 nanti, para pengguna boleh mengakses data yang sama menggunakan sebarang peranti kegemaran mereka, termasuk telefon pintar, mahupun konsol permainan mereka. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


Muat-Turun Windows 7 Secara Halal
MIX 09 Membawakan IE8, Silverlight 3, dan Azure
Windows 8 Bakal Dilancarkan Pada Januari 2013
Apple Melancarkan iCloud
Pembangunan Windows 8 Telah Mencapai Build 8063

1 Komen

  1. ZoOL pada 08 Jun 2011

    Windows 8 dah dihebahkan, Xbox pun start tiru interface Metro dr WP7.. tak lama lagi semua apps M$ jadi camni ~


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader