03Jun

Kini Pengguna DiGi Boleh Menerima Tweet Balasan Melalui SMS

Telekomunikasi, Web 2.0

Setelah lebih setahun DiGi memperkenalkan perkhidmatan SMS ke Twitter, kini ianya dilihat yang mana pihak DiGi dan Twitter mengumumkan kerjasama rasmi, dimana melalui suatu Tweet khas, kini Twitter mengalu-alukan penyertaan DiGi untuk perkhidmatan Twitter, dimana para pengguna boleh menghantar dan menerima tweet melalui SMS.

Sehingga kini, DiGi hanya membolehkan para pengguna hanya menghantar tweet melalui SMS sahaja, dengan tiada cara untuk para pengguna menerima tweet balasan daripada rakan-rakan mereka ke telefon bimbit mereka. Dengan pengenalan perkhidmatan baru ini, para pengguna boleh menghantar dan menerima tweet dengan mudah terus melalui telefon bimbit mereka.

Perkara ini juga sekaligus menguntungkan dan membolehkan para pengguna DiGi pada Twitter mengikuti perkembangan semasa Twitter dengan mudah.

Untuk mula menggunakannya, para pengguna hanya perlu menaip START dan hantarkannya kepada 28933, dan ikuti arahan selanjutnya melalui SMS balasan yang diterima. Harga dan caj yang dikenakan adalah tidak diketahui buat masa ini.


Welcome to Twitter, DiGi Malaysia! Customers can now send and receive tweets via SMS. Just send START to 28933 to begin!less than a minute ago via web Favorite Retweet Reply


Kini, Facebook Merupakan Laman Paling Popular di Malaysia
WordPress Memperkenalkan Tema Mesra HTML5
Pembangun TwitPic Melancarkan Pesaing Twitter - Heello
LivingSocial Menjana Lebih Wang Berbanding Groupon Di Malaysia
Nokia N9 Bakal Ditawarkan Oleh Celcom, DiGi Dan Maxis

4 Komen

  1. topo pada 03 Jun 2011

    wuuuu bila celcom nak buat macam ni

    • Twit N View pada 03 Jun 2011

      celcom tu telco malaysia ker? *ayat perli*
      diorg biasa ler mesti akan lmbt dlm segala hal…haha

  2. sankai pada 03 Jun 2011

    celcom ada buat la..cuma kalau terima tu, kita kena subscribe username tu. dan cas cuma rm1 seminggu.

  3. epulpecoi pada 04 Jun 2011

    best la aku pakai digi prepaid ngan digi broadband, dan aku sangat berpuas hati dengan servis digi sangat bagus


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader