10Jun

Doodle Gitar Dari Google Menjadi Salah Satu Doodle Yang Amat Diminati Ramai

Google

Google sering memperkenalkan doodle-doodle yang menarik dan kreatif, dan semalam mereka telah memperkenalkan doodle berbentuk gitar yang boleh dimainkan bersempena dengan ulang-tahun ke-96 Les Paul. Dan menariknya, boleh diperkatakan buat pertama kalinya, Google turut sama melanjutkan memperlihatkan doodle tersebut pada halaman utamanya untuk hari ini juga.

Gitar maya yang diperkenalkan pada halaman utama Google itu dibangunkan menggunakan HTML5, JavaScript, dan juga plugin Flash, sekaligus membolehkan para pengguna memainkannya dengan mudah, malah merakamkannya dan berkongsi dengan rakan-rakan mereka.

Pada masa yang sama, ianya juga telah menjadi salah satu perkara yang amat diminati oleh para penggunanya, dimana ramai yang mula berkongsi akan kod-kod gitar di halaman Twitter, serta merakamkan video bersama-sama doodle gitar daripada Google ini di YouTube.


Muat-Turun Dan Uji Chrome 3.0 Sekarang
Google Memperkenalkan Fungsi Perbincangan Pada Google Docs
Android Market Versi Web Menerima Beberapa Kemaskini Baru
Aplikasi Dolphin Browser Kini Turut Ditawarkan Untuk Para Pengguna iOS
Google Dan Innity Menjadi Media Digital Pilihan Dikalangan Pemasar Dan Pengiklan Tempatan

7 Komen

  1. ekspresiruang pada 10 Jun 2011

    mesti perekanya dpt byk duit drpd google :)

  2. danzat pada 10 Jun 2011

    saper-saper yang nak main
    http://www.google.com/webhp?hl=en

  3. Omar pada 10 Jun 2011

    hoho..terbaik…

  4. core pada 10 Jun 2011

    doodle yg org leh bermain dgnnya..mmg menarik

  5. snazzybizarre pada 10 Jun 2011

    malaysia boleh !

    • haiqal pada 15 Jun 2011

      keh keh keh.Berapa riban entah designer dia dapat.Unik kot


Trackbacks/Pingbacks

  1. Bermain Google Gitar Doodle Selama-Lamanya | MrPiratz[dot]Com

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader