16Jun

Facebook Credit Menyokong Malaysia Bermula 1 Julai

Web 2.0

Facebook kini dilaporkan akan memperkenalkan sistem pembayaran untuk rangkaian sosial mereka, iaitu Facebook Credit di Malaysia pada bulan hadapan, bersama-sama 12 negara yang lain di Asia dan juga Amerika Latin. Ini adalah lanjutan daripada yang mana Facebook meminta semua pembangun menggunakan Facebook Credit bermula 1 Julai ini.

Facebook Credit paling popular digunakan dalam permainan sosial pada Facebook, selain beberapa aplikasi yang lain, menjadikannya sebagai duit maya pada laman sosial terkemuka itu.

Bersama-sama Malaysia, negara lain yang turut sama akan menerimanya termasuklah Indonesia, Singapura, Filipina, dan Vietnam. Buat masa ini, ianya tidak diketahui samaada ianya akan diperkenalkan dengan kerjasama MOL Global ataupun sebaliknya.


Ujian Alpha Diaspora Sebelum Penghujung November
Microsoft Turut Sama Dalam Perbincangan Bersama Skype?
Twitter Kini Menghantar Emel Untuk RT Dan Favourite
Facebook Mengambil-Alih Push Pop Press
Bit.ly Mengambil-Alih TwitterFeed

5 Komen

  1. Twit N View pada 16 Jun 2011

    semoga tidak ada yg ketagih membuang duit utk kepuasan bermain game seperti fenomena game online dulu…

  2. ekspresiruang pada 16 Jun 2011

    mungkin ni cara baru FB utk menarik balik pengguna menggunakan FB dan meningkatkan pendapatan diorang

  3. Sabahan Bloggers Club pada 16 Jun 2011

    facebook dapat melihat yang orang Malaysia ni suka main game online. peluang untuk buat duit bagi mereka.

  4. matjoe pada 16 Jun 2011

    nak tambah mata pencarian laa facebook ni.

  5. SJ pada 16 Jun 2011

    boring ah nk main game fb skang ni


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader