10Jun

Facebook Mengambil-Alih Syarikat Rekabentuk – Sofa

Web 2.0

Facebook terus menambah portfolio mereka, dimana hari ini mereka telah mengambil-alih salah satu syarikat rekabentuk yang amat popular, Sofa. Ianya lebih kepada mendapatkan tenaga kerja mereka, serta menyertakan mereka dibawah pembangunan Facebook.

Sofa sebelum ini telah membangunkan pelbagai perkara, termasuk membuat rekabentuk ikon untuk Mozilla, Nike, serta membangunkan beberapa aplikasi Mac termasuk Kaleidoscope dan Versions. Semua produk sedia ada mereka, dijangka akan dijual kepada pihak lain untuk menguruskannya.

Pasukan Sofa kelak akan berpindah ke pejabat Facebook, dan menjadi sebahagian daripada pasukan rekabentuk di Facebook. Buat masa ini, ianya tidak diketahui adakah Facebook bakal memperkenalkan rekabentuk baru ataupun apa. Namun mungkin kita perlu sedikit masa untuk melihat sebarang perubahan drastik pada laman Facebook.


70 Weblog Paling Popular di Malaysia
Amanz Kini Menggunakan WordPress 2.7
Lebih 40% Tweet Datangnya Dari Perantian Mudah-alih
Nuffnang Mengumumkan Nuffnang Awards 2011 - Pencalonan Kini Dibuka
Pembangun Tema WordPress Di Indonesia Di Saman Facebook

8 Komen

  1. Kami Prihatin pada 10 Jun 2011

    Assalamualaikum admin.
    Sry sbb spam skit.
    Boleh buat liputan berdasarkn video nie?

    Jika prihatin, amat besar hati tlg sebarkn…

    LINK: http://youtu.be/V3YFGixp9Jw

  2. ZoOL pada 10 Jun 2011

    Erkk.. aku silap baca rupanya, ingatkan facebook beli company jual perabot cam Sofa :P

    Hmm.. ape agaknya projek baru facebook nanti lepas dh bli Sofa D:

    • elxZ pada 10 Jun 2011

      LOL… same r bro.. igtkan dorang nak jual perabot da tadi… wakaka

  3. Omar pada 10 Jun 2011

    Memula aku baca, aku ngat Facebook nak design kerusi Sofa pulak pasni.hehe~
    Tapi lepas baca artikel, baru aku faham..:P

    Mesti icon2 di Facebook berwarna-warni lepas ni kot, dan lagi lawa designnya..

  4. ekspresiruang pada 10 Jun 2011

    fb cuma mengambil dan membeli yg terbaik utk hasilkan yg terbaik. good purchase!

  5. Beburung pada 11 Jun 2011

    Ingatkan sofa bentuk2 abjad FACEBOOK gitu, macam biskut huruf.

  6. funzool pada 11 Jun 2011

    cool gile. skrg mcm simple. kalau gempak sure lg superb

  7. Ariff pada 11 Jun 2011

    aku ingat beli sofa…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader