02Jun

Akses Akaun Rakan Lain Dengan Mudah Menggunakan FaceNiff

Sekuriti, Web 2.0

Sudahkah anda mengubah tetapan akaun anda menggunakan HTTPS? Kini, setelah Firesheep, sebuah aplikasi khas diperkenalkan untuk para pengguna Android, dikenali sebagai FaceNiff, membolehkan para pengguna mendapatkan akses ke akaun-akaun yang dilog masuk menggunakan rangkaian WiFi yang sama.

Ianya diperkatakan yang mana aplikasi ini menyokong perkhidmatan Facebook, Twitter, YouTube, dan Amazon, membolehkan anda mendapatkan akses ke akaun pengguna lain yang mengakses perkhidmatan tersebut sekiranya mereka menggunakan rangkaian WiFi serupa dengan pengguna Android tersebut.

Walaubagaimanapun, sekiranya pengguna mengaktifkan penggunaan SSL ataupun lebih dikenali sebagai HTTPS dikalangan pengguna, aplikasi ini tidak akan berjaya. Pada masa yang sama, pengguna juga boleh mengaktifkan hotspot sheild ketika menggunakan rangkaian WiFi umum dimana-mana.

Dan hendaklah diambil perhatian yang mana ianya dibangunkan untuk tujuan pendidikan sahaja, dan diharap agar tidak disalah guna oleh semua pengguna.


MySpace Membuka Peluang Kepada Pembangun Aplikasi Dari Asia
Facebook Menguji Fungsi Panggilan Suara
WootFood Untuk Android Dilancarkan
Pangkalan Data LastPass Diceroboh
Pengguna Android Lebih Mudah Untuk Diancam Malware

12 Komen

  1. Luthfi pada 02 Jun 2011

    alamak! rooted baru boleh guna.. nak kena root dulu aaaa

  2. Omar pada 02 Jun 2011

    [PENTING] Anda online menggunakan wifi McD? Lapangan terbang? ataupun menggunakan Wifi di kolej / universiti.. sila baca ini : http://tinypaste.com/25144

  3. Ahmad Fikrizaman pada 03 Jun 2011

    offtopic, button +1 tu apesal jadi cam2?? lari..

  4. Sabahan Bloggers Club pada 03 Jun 2011

    Kalau ada wifi saya tak guna untuk facebbok/twitter just guna untuk download, dorg boleh masuk juga ke?

    • Eichikatsu pada 06 Jun 2011

      Selagi kau ‘offline’ facebook, dorg x boleh masuk. Tapi kalau jenis kaki sniff/spoof packet mmg dia nk cari apa yang kau ‘online’

  5. Eichikatsu pada 04 Jun 2011

    Bro Omar, aku ada buat 1 post. Mai baca Hack Facebook>

  6. titan pada 05 Jun 2011

    haha..ni yang aku malas berfacebook plak nih..

    • Eichikatsu pada 06 Jun 2011

      Apa yg malasnya bro? Selagi ko ambil lngkah² keselamatan, InsyaAllah selamat Facebook kau :)

  7. muyyaQ pada 09 Jun 2011

    pernah dengar tentang “sslstrip” ? :)

  8. Arya Putra pada 09 Jun 2011

    menarik derrr…

  9. Alias pada 05 Sep 2011

    Guna google+ le pulak.


Trackbacks/Pingbacks

  1. Eichikatsu – Blog Archive – FACEBOOK KINI LEBIH MUDAH DIGODAM?

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader