21Jun

FilesTube Memperkenalkan Nama Domain Alternatif Untuk Pengguna Malaysia

Web 2.0

Seperti semua sedia maklum, SKMM telah pun meminta para penyedia internet tempatan untuk menghalang akses ke 10 laman perkongsian popular, dan salah satunya adalah FilesTube.com. Menariknya adalah dimana kini pihak FilesTube sendiri memperkenalkan alternatif untuk para pengguna Malaysia, dengan memperkenalkan FilesTube.me.

FilesTube - SKMM

Menurut pihak FilesTube, mereka sendiri terkejut dengan halangan yang dikenakan ke atas mereka, memandangkan mereka tidak mengehos sebarang fail pada halaman web mereka, sebaliknya hanya menyediakan perkhidmatan enjin carian sama seperti Google.

Untuk mengatasi halangan tersebut, dan pada masa yang sama membolehkan para pengguna tempatan menikmati perkhidmatan mereka, FilesTube memperkenalkan dan mengaktifkan nama domain baru dibawah mereka, iaitu FilesTube.me, yang mana membolehkan para pengguna Malaysia mengakses halaman mereka dengan mudah melaluinya.


Fungsi SlideShow Pada Facebook Di Uji
Photovine Versi Android Bakal Diperkenalkan Tidak Lama Lagi
Facebook Touch Kini Turut Menyokong Aplikasi Dan Permainan
JoliCloud Memudahkan Pengurusan Data Di Internet Melalui JoliCloud Me
Belajar Bahasa Malaysia Dengan Mudah Melalui Saluran Khas Di YouTube

28 Komen

  1. ZoOL pada 21 Jun 2011

    Eh.. bru prasan.. aku dah lama guna alternate DNS(dulu OpenDNS skrg Google DNS), sebelum google DNS kuar lagi.. patut la website2 kat atas tu tak kena block :P

  2. ali mamak pada 21 Jun 2011

    aku perasan 3 or 4 ari lepas kat satu forum tu
    tq la filestube.. terbaik….

  3. Affan pada 21 Jun 2011

    menarik ni, diorang mmg mengutamakan pelanggan. kan best kalau semua dalam senarai tu buat cm ni

  4. 1malaysia pada 21 Jun 2011

    bagusla. dah ada pluang tu guna la untuk tujuan baik..

  5. Wizurai pada 21 Jun 2011

    agak2 lepas guna domain alternatif yg ni, SKMM akan suruh ISP block akses lagi ke x?

  6. Shahrulsite pada 21 Jun 2011

    bagus la filestube, mereka x nak kehilangan visitor tetap dari Malaysia

  7. Yenkerhack pada 21 Jun 2011

    Ramai visitor search 3gp dari search engine mereka. haha..

  8. Mashi pada 21 Jun 2011

    asal aku buka die kuar perkataan IT WORK..
    scam ke ape,hahaha

  9. Sham Hardy pada 21 Jun 2011

    see! website yg takde kene mengena download pun kene.. *sheesh!

  10. wan pada 21 Jun 2011

    alhamdulillah . ade lg filetube nie .. hehhe ..

  11. Faris pada 22 Jun 2011

    Wow! Ini berita best ni. Kepada para kaki download di Malaysia sama2 kita laugkan “Majulah download untuk negara”! Yay!!! =)

  12. zul pada 22 Jun 2011

    Filestube memahami pengguna internet..
    Terbaiklah..!!

  13. zul pada 22 Jun 2011

    FilesTube TerBaek..!!

  14. Juan pada 22 Jun 2011

    serius aku peminat filestube, nasib baik mereka buat yg terbaik untuk peminat malaysia

  15. Syafiq Zainal pada 22 Jun 2011

    Kenapa sampai sekarang aku x kena block pon? hurmm. pelik. hari2 dok try lawat web2 kat atas tu tpi still boleh akses. hurmm

  16. zarain pada 22 Jun 2011

    .buatan manusia takder yg perfect.block 1, alternative lain mesti wujud punyer..tq ALLAH.

  17. Zul's Stuff pada 22 Jun 2011

    terbaek la…klau smua wesite yg kna block wt mcm 2 kn sng..

  18. Budak Penyibuk pada 28 Jun 2011

    Baguslah filetube ni..

  19. Firdaus pada 13 Sep 2011

    Try It Using DNS Jumper
    it’s free and FREE from blocked site

    You not regret to Test DNS Jumper
    my friend said : use proxy : 8 : 8 : 8 : 8 and 8 : 8 : 4 : 4
    then,try it using DNS Jumper and don’t forget click Apply DNS…..

    P/S : Don’t use another software to try opening blocking site, isn’t works….
    DNS Jumper No.1#
    Rating : 5
    Compression : 5
    Achievement : 5

  20. haslan pada 17 Oct 2011

    .me?… macam bukan Malaysia punya je, kalau tak silap overseas punya server kena charge IDD. Kalau guna line TM sure bill melambung punya

  21. Arang pada 27 Jan 2012

    Wehhhhh…. Pehal filestube.me takleh bukak pulak !!!!!!!!!

    • Makanan pada 30 Jan 2012

      Tu le pasal….dah 2 hari aku try masuk filestube.me nih! Aku rasa dah kena block lagik lah ni. Ada alternate address tak??????? Help! Help! Help!

  22. abg man pada 12 Feb 2012

    apelah bangang sgt skmm ni? website untuk dowload movie pun dia blok, ini akan menggalakkan lagi orang beli vcd / dvd cetak rompak, maka makin bertambah lah dan makin untung la penjual2 vcd / dvd cetak rompak ni.

  23. emzek pada 09 Mar 2012

    camna nak buka filestube.me

  24. Firdaus pada 29 Apr 2012

    Arang,cuba referred dekat atas yang saya tuliskan itu.
    pasti SHOCK…. gunakan DNS Jumper untuk mengelak daripada disekat URL

    Makanan,cuba referred dekat atas yang saya tuliskan itu.
    pasti SHOCK…. gunakan DNS Jumper untuk mengelak daripada disekat URL

    emzek,cuba referred dekat atas yang saya tuliskan itu.
    pasti SHOCK…. gunakan DNS Jumper untuk mengelak daripada disekat URL

    • Mizi pada 09 May 2012

      dns jumper. nice bro thx…actually ko boleh ubah sendiri kat ip config. tp bg yg tak tahu camna program tu mmg membantu….yeah filestube.me dah kena block jugak! depa ada underdog yg tukang report…aku surf dgn tmnet dns takleh masuk tp surf ngan open dns boleh.


Trackbacks/Pingbacks

  1. Filestube Untuk Pengguna Malaysia | Hati Batu

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader