24Jun

Firefox 5.0 Untuk Android Membawakan Fungsi Do Not Track

Google

Bersama-sama dengan Firefox 5.0 untuk versi desktop, Mozilla juga turut sama telah pun melancarkan aplikasi Firefox 5.0 untuk Android, yang mana membawakan salah satu fungsi popular pada pelayar web desktop, iaitu Do Not Track, untuk kawalan privasi.

Ianya juga turut sama menjadikan Firefox sebagai pelayar web pertama yang menyokong fungsi “Do Not Track” pada pelbagai platform. Selain daripada itu, Firefox untuk Android ini juga kini lebih pantas berbanding sebelumnya, dan menyelesaikan beberapa masalah pepijat yang dikenal-pasti pada versi-versi sebelumnya.

Para pengguna yang berminat, boleh memuat-turun Firefox untuk Android 5.0 secara percuma terus daripada Android Market, dan mula menggunakannya hari ini.


Versi Terakhir Pembangunan Firefox 4 Dilepaskan
Kemaskini Google TV Bakal Diperlihatkan Pada Google I/O?
Android Market 3.1.3 Membawakan Beberapa Perubahan Dan Penambahan Baru
Mozilla Firefox 12 Beta Sedia Untuk Diuji Oleh Semua
Buku PTS Kini Ditawarkan Secara Digital Melalui Google Books

3 Komen

  1. hafidz pada 24 Jun 2011

    nak try la firefox 5.0 kat hp aku ;)

  2. mieka pada 25 Jun 2011

    apps ni support iphone 3g x?

  3. Akmal Hisyam pada 25 Jun 2011

    menarik2..
    kena cuba ni, mana tau lagi menarik dari Dolphin HD..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader