Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Lebih pantas daripada apa yang dijanjikan, kini Mozilla seperti telah memuat-naik fail pemasangan Firefox 5 pada pelayan FTP mereka, dan boleh dimuat-turun oleh semua pengguna, lebih pantas daripada tarikh yang dijanjikan oleh Mozilla sebelum ini iaitu pada 21 Jun.
Walaubagaimanapun, ianya masih lagi belum diumumkan secara rasmi oleh Mozilla buat masa ini. Melalui Firefox 5, ianya membawakan sokongan transisi CSS, penambah-baikkan kepada JavaScript, canvas, peningkatan pada pengurusan memori, sokongan HTML5 yang ditambah-baik, integrasi bersama desktop Linux yang ditambah-baik lagi, dan beberapa penambah-baikkan pada prestasi dan lain-lain.
Para pengguna yang berminat, boleh memuat-turunnya secara terus daripada pelayan FTP Mozilla, sementara menunggu pengumuman rasmi daripada pihak Mozilla tidak lama lagi.
8 Komen
Tinggalkan Komen Anda
amanz, aku baru nk buat entry pasal ni. tapi ang da post da. zzz laju yang amat.. aku nk format pc dlu. hahaha
thanks for info…
thanks bro sbb info bende nie…
nak seduttt…
camane nak donlod dari ftp 2.. x reti teman
pilih ikut step win32-en-Us-firefox setup 5.0.exe…
Ini beta release ke?
Aku rasanya nak tunggu yg rasmi dulu baru nak download. Beta ni tak meyakinkan aku la.
ni final release, tapi blm umum secara rasmi…